Monday, April 18, 2011

Jawapan nya ialah..... (DRUM ROLL....)

1. Menyusup keluar pukul 3-4 pagi untuk pergi makan nasik kandar.

Ni selalu la gak buat. bukan apa, kadang-kadang, secara tiba-tiba teringin gila nak makan nasik kandar, pukul 2 ka , 3 ka, on ja, semestinya pergi makan kat Rafee. Tapi jarang makan nasik, selalu makan roti telur, cuma my partner in crime iaitu c Lubby tu yang suka makan nasik. Sebab pukul 2 3 pagi bukan la masa yang abah bagi keluar rumah, what we did is, kitorg amik kunci avanza abah tu and tolak kuar dari tempat parking tu, bila dah jauh baru start enjin, tapi pernah gak sekali tu, beriya tolak keta, pastu start enjin n jalan, lalu atas penutup longkang. GEDEGANG!!! kuat gila bunyi... hahahaha..

2. Buat persembahan gimrama.

Walaupun ramai yang jawab, unfortunately, i done that before ye kawan-kawan. As Georgians (st george's school student) kitorang memang wajib untuk buat gimrama. sekali masa tingkatan 3, sekali masa tingkatan 5. Markah ni dinilai under subject Pendidikan Jasmani. Well, i hate it. Dua-dua kali aku gimrama and dapat bola. Ingat senang ke nak melompat-lompat and melentik-lentik. I leave that to your imagination.

3. Masuk acara lari berganti-ganti

Dulu sebelum buat pembedahan, memang aktif, masuk lumba lari, olahraga and so on, tapi lepas operate, demmm!!! badan macam kena pam lak, entah darah sapa la hospital masukkan time tu.. hehehehe..

4. Tulis surat layang

Unfortunaely, this is the thing that i've done but i'm not proud of it. Enough said.

.
.
.
.
.

5. Bermain gitar - Full song lagi.

Saya bukan org seni, memang takda bakat langsung. Dah try nak belajar gitar dari kakcik, cuma belajar not C and give up sebab sakit jari. Yeah, I'm a big baby...

Saturday, April 16, 2011

Classmate At14



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN YE KAWAN-KAWAN


Buat yang terbaik..

Segala salah silap harap dimaafkan.

Jumpa lagi semester 8.

Selamat Ulang Tahun Sayang




Ulangtahun kelahiran ok...

Tahun ni, abg dah cukup 25 tahun. bila lagi mau settle down encik?? hehehe.. nak wish happy birthday. niat asalnya nak wish dengan penuh keriangan, tapi sapa suruh abg merajuk lama sangat, yang abg dapat cuma org menangis2 ja, abg kata org histeria lak. haha!!

Umur dah 25 tahun, perangai macam, 35 tahun, takpala abg. Org harap abg berjaya dalam hidup abg, dapat apa yang abg impikan selama ni (bukan ke abg impikan isteri yg comel macam org??) Macamana org sayang abg 3 tahun lepas, macamtu lah org sayng abg sampai saat ni.

Selamat Hari Lahir. Moga dirahmati Allah selalu.

Birthday Boy...

Tuesday, April 12, 2011

Mode: merajuk

Uwaaaaa........ dah tiga hari di ignore. sampai nya hati dia. first day call dia 31 kali, and he tak angkat, semalam call 16 kali pon tak angkat gak. ya ya... memang la nampak macam psychotic lover, tapi bengang maa, call tak jawab, mesej tak balas, mula la atur strategi untuk balas dendam ni.

tak tahu la sebab dia busy or tertidur or merajuk pasal 3 hari lepas. I DONT KNOW ok, since dia tak angkat fon dia tu.

ok, kita rewind 3 hari. Hari ahad lepas, satu hari dia tak mesej or call. tunggula dengan penuh tawaduk. sampai kul 11.30, aku pon mesej la dia dengan manja dengan niat nak bermesra-mesra. (ye la, penat gak tiap2 hari bergaduh), pastu dia kata dia tgh main bola, dia kata balik kang dia mesej, tunggu lagi dengan penuh tawaduk sampai kul 1.30pagi, tak mesej gak, mesej yang aku hantar pon dia tak balas, aku call la, dia angkat n cakap "baru sampai rumah ni, tgu jap, nti mesej balik". aku dah mula merajuk, tapi takpe, tunggu lagi. tengok2 jam dah pukul 3 pagi, time ni dah duk tunggu sambil menangis sakit hati. mesej dia lagi, n tahu tak dia jawab apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
"abg atas motor ni, on the way nak balik rumah"
.
.
.
tak ke menimbulkan kemarahan macam tu. aku just jawab "ORG BENCI PENIPU". and terus dua2 pon senyap. and now, aku yang cari dia, but still dia tak angkat fon and tak jawab mesej,
  1. siapa yang patut marah ni, aku ke dia?
  2. siapa yang patut merajuk, aku ke dia?
  3. patut tak apa yang aku cakap?
disebabkan dia ignore aku, aku cakap aku masuk wad. and dia cuma hantar mesej tanya kenapa masuk wad. disebabkan aku tengah merajuk, aku tak jawab. and dia pon takde plak hantar mesej untuk tanya lagi, call...jauh sekali. yes, aku TERKILAN sangat!!!


Monday, April 4, 2011

Till we meet again sayang.

Sabtu lepas jumpa sayang, damn, i already miss him. macamana nak berjauhan 4 bulan ni. every inch we're apart, sungguh menyeksakan. dia cakap, bila dia free, dia akan melawat aku kat sg, petani. n i know he just said that sebab dia tahu aku sangat sedih untuk berpisah. that's very sweet of him. sayang, org janji takkan pergi jauh dah. T_T

Sunday, March 27, 2011

Baby demam.. wuwuwuwu...


Dua minggu abg buat tak tau ja kat org. Tiap-tiap hari org pujuk diri sendiri. Pastu abg buat taktau kat org lagi. Lepas 2 minggu, org pun membuat keputusan untuk merajuk secara besar-besaran. Org pun buat taktau je kat abg, tapi org pelik sebab abg pun takde mesej pujuk ke apa ke. Org jadi risau, call la abg malam tu. Sedihnya suara dia yang tak bermaya tu. Rupa-rupanya abg demam teruk 2-3 hari ni. Terus tak sampai hati nak merajuk. Dua minggu punya merajuk terus hilang. Sedih sangat sebab pikir bukan-bukan pasal abg. Walaupun demam 2-3 hari, tapi tak hiraukan org sampai 2 minggu. Takpe, org dah tak marah abg. Org nak abg cepat sembuh. Sebaborg rasa sakit bila abg sakit. Abg kuat, abg tak boleh sakit.

P/s: Org rindu abg sangat-sangat.



Friday, March 25, 2011

I'm a nerd??

Previuos post ada tulis pasal aku ada kawan yang suka meniru kerja-kerja aku. Emm...wrote it on my facebook, n ada orang kata yang aku ni yang sebenarnya senang dibuli, tu yang menyebabkan aku senang diambil kesempatan. Bukan salah aku kalau aku siap awal, tapi kalau orang lain kat tempat aku, mesti korang faham kan perasaan bila yang duk meniru tu kawan kita jugak. nak tolak tak sampai hati lak. ermm...

"I'm not sorry for being a nerd, i'm sorry for those treating me like a nerd"

Thursday, March 17, 2011

Sisterhood.


Harini takde kelas. Aktiviti kami bila takde kelas of cause le pergi pekan. walaupun pekan je, kami boleh berjalan-jalan sampai 5 jam kat situ. kaki sakit jangan nak kata la, macam nak tercabut je kaki. Asalnya nak pergi pekan pukul 10, tapi sebab last night kami semua wat slumber party (as in siapkan kajian tindakan...ahaks!!) kat bilik ikin, so masing-masing terbabas la tidur tu. Lastly, pukul 11 baru pergi.

First stop, kami pergi Maybank, dah hujung-hujung sem ni, standard la pergi maybank keluarkan ASB..hehehe. Tula pasal bila dapat duit awal sem, First thing mesti kami akan masukkan kat ASB, sebabnya, selagi ada duit kat tangan, selagi tu lah nak shopping. Lepas dah keluarkan duit, and diri pun dah sedikit kaya, 2nd destination mestilah KFC. Kami ada rutin, rutin ni macam tempat yang wajib pergilah bila pergi pekan.

Tempat wajib pergi bila pergi pekan:
1) Bank
2) Pergi timbang berat
3) KFC

Harini dengan bangganya pakai baju kelas. Hihihi.. Selamat boleh pakai tau even dapat 1 saiz lebih kecik, just nice la baju tu, kalau ikut
saiz lama, mesti sangat besar kot. Pergi KFC, budak-budak ni duk usik dengan pekerja KFC tu lak, malu taw!! pastu kitorang pergi klinik, yelah, dah makan ayam kenala ambik ubat sebab kalau tak, malam tak leh tidola, gatal sana-sini. Kin and ana duk amik kesempatan mintak ubat bukan-bukan. Vitamin la, ubat kecerdasan otak la..huhuhu.. Erda dah muka tak larat dah. Jalan-jalan lagi satu pekan ni. Pergi tengok seluar kat Eco Station, punya la duk belek, last-last keluar gitu ja tak beli apa pun.

Spending time with them is the best thing to make me forget whatever problems that i have. Duk ngan depa, keja gelak je la jawabnya, lagi-lagi si Erda, dah start gelak, tak reti-reti nak stop dah. Kin and ana pun ada ja bahan nak buat lawak. heeee...Penat...but worth it.



xoxo.









Sunday, March 13, 2011

Life Unexpected.

Sayang. Lelaki ni bila buat sesuatu, kadang-kadang tak terduga dek akal ni. Sometime (most of the time actually)aku expect dia untuk buat sesuatu untuk aku, like, bagi bunga ka, telifon tiap-tiap malam ka, or simply say yes to everything i said.. huhu.. demanding giler kan? Dia selalu cakap kat aku, jangan mainkan perasaan dia, sebab dia tak tahan, dia akan pergi tinggal aku dan takkan jumpa aku dah. Aku?? Me being myself..ada masa bila aku ajak dia buat sesuatu, and dia taknak, aku ajak lagi, pastu dia taknak lagi, aku ajak jugak sekali lagi, and bila dia cakap taknak (taknak means tak boleh sebab ada hal...but when he says no..it's simply means no, no matter what's the reason) jugak, aku ajak je orang lain. tak kisah la lelaki atau perempuan.

Tapi bagi aku plak, takda makna pon kalau keluar dengan orang lain, cuma keluar. tapi aku akan sedih bila aku keluar dengan orang lain. And yes, memang ada ja lelaki lain yang ajak keluar, and i wanna say yes, tapi yes tu cuma untuk dia. aku jadi sedih sebab, lelaki lain sibuk je ajak jumpa, ajak keluar, tapi the only person yang aku nak jumpa, and nak keluar, ada hal pulak. tapi alhamdullillah la, setakat ni, aku tak penah keluar dengan lelaki lain (sebab sayang pon tak boleh tak jumpa saye)..

Masa haritu aku tunggu bas, kan pakcik (pakcik ker??) jual bas tu duk banyak tanya. tanya siapa yang hantar aku tu. aku jawab la "tu suami saye pakcik". pastu dia tanya nakpergi mana and so on la. aku cerita je la kat "suami" aku. he's rather annoyed bila aku cerita. aku ingat kan dia dah get over tat incident. kami keluar lagi pastu, an dmasa balik dia hantar kat tempat bas tu. so aku tunggu la kat bawah payung besar tu, sekali dengan pakcik tu, lepas salam dengan dia, aku suruh dia balik je sebab bas lambat agi and tempat tu panas sikit. dia nampak reluctant untuk pegi, and i ask him to leave. gave hime the sweetest smile and waive him goodbye. and off he goes. aku pon kalih ke belakang jap, pastu bila pandang depan, tangak-tengok sayang ada depan aku. and he signaled me to come to him.

her: nape patah balik ni?
him: ayg nak tunggu bas kat mana?
her : (point ke arah payung, kebetulan pakcik tu pun ada)
him: ayg pegila tunggu kat pondok pengawal tu..
her: ala...jauh la..
him: abg taknak ayg tunggu sini la..nanti abg jeles..
her: abg!! takde apela..pegila balik..hihihi
him: (smiled and speed off)

Unexpected. Banyak lagi benda-benda yang dia buat aku tak terkata. That's why i love you sayang. You know, those little stuff yang buat our everyday life more interesting. Memang la orang kata adat bercinta, kejap bahagia, kejap bergaduh. I like that saying. Sebab i cant imagine ourselves bahagia selama-lamanya. Bosan. Huhuhu.. I'm looking forward for a future with you sayang.

XOXO.


Thursday, March 10, 2011

Dengan rambut basah..



Rambut basah?? hehehe...sebenarnya, baru balik kelas ni, pastu terus mandi sebab hujan. perempuan memang hebat bab berebut bas, eventengah hujan pon relax, tapi aku tak rebut lah sebab aku taknak bermandikan hujan, biasala..orang yang imun lemah ni memang macamni, kena hujan harini, tengah malam japgi confirm demam. Kasut basah, which is the thing that i hate the most. Nevertheless, harini still happy sebab:

1) lab physical chemistry harini merupakan lab terakhir untuk semester ni, no more 8am class next week..heee :D tapi masa lepas lab, erda n sahir duk sergah aku dengan kucing, which is the animal that i'm scared of..dush dush!!

2) tajuk tesis semua dah diterima, penyelia pon tak banyak songeh, dia siap suruh cut down lagi objektif kajian sebab dia kata tak payah la nak menyusahkan diri..hehehe...nice Cik Zamzana.

Btw, life's been great lately. Yela..bak kate oraang, ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Last week aku jatuh sangat, emosi tak stabil sangat. Tapi aku takkan give up. i dont give up easily, but i'm hurt easily..hahaha. thanks to kawan-kawan yang sudi dengar masalah aku, masalah aku ni, aku tau kawan-kawan tak berani nak kata apa. kalau back up aku, diorang tau benda tu salah, tapi kalau against aku, diorang tau aku tak salah. hurm... i dont wanna think about that nemore.

Dengan rambut yang still berbungkus dalam tuala kuning, sluar pink polka dot hitam, tshirt ungu aku ni, aku rase selesa sangat, tengah pikir malam ni nak buat apa. most llikely malam ni, tengak movie sampai juling mata-mata ni..hehehe.. sekarang baru 6 pm, abg pon tak balik keje lagi, so until then, solo la dulu..