Tuesday, November 22, 2011

Tesis oh Tesis


Sekarang dah minggu 10, well, i have about 2-4 weeks to submit my tesis. Jumpa supervisor semalam, perghh.. down gila dengar cara dia komen penulisan aku. Serius sedih tapi gotto suck it up sebab memang salah sendiri. Dia suruh jumpa minggu 4, tapi minggu 10 baru terhegeh-hegeh nak jumpa.

Dia cakap setakat report aku tu, budak form 3 pun boleh tulis, buat gelak dek sekolah je nanti kalau hantar salinan report kat sekolah. Sejam gak la dia bebel kat aku. Pastu dia suruh banyakkan membaca bahan kajian ni. Erm... dah minggu 10 ni, seriously duit memang dah takde kalau nak pergi ke KL and all tu. Sedih.

Benda 6 kredit, nak tak nak tak leh buat halai balai ja. Tak kesampaian la nampaknya nak grad first class ni. Double sad.


Macamtu lah jadinya draf yang aku tunjuk kat dia tu. Banyaknya nak kena edit, tu cuma dua helai ja, malas aku nak upload satu bab yang dia conteng tu. Triple sad.


Tuesday, November 1, 2011

Thanks Mr Fiancee ... Love You..

TQ syg for the wonderful gifts.. Cecece, baru nak ber'syg' plak. Gaduh bagai nak rak before that tak hengat. Hehehehe.. Sorry babe.. Mmandangkan Mr Fiancee dah stabil, he gave me few gifts. Tak mintak pun, tapi bersyukur la atas apa yang dia bagi. Kiranya bila dia senang, dia ingat gak la kat tunang dia ni yang hormon menggila tiap2 bulan.

yeah... memang nak menunjuk pun... MacBook A1342

He gave me a macbook!! At first susah nak pakai, at last i used the bootcamp stuff and change it to Window 7. Yela, assignment tengah banyak, tak sempat la nak discover new software and all.. Hehehehe.. Laptop yang hantar repair pon tak dapat2 lagi, dapat lak laptop sebijik, Best!!


BlackBerry Curve...

Okay, latop tadi memang la satu keperluan, tapi ni bukan. Patutnya dia just bagi fon lama ja. Dont know why Mr Fiancee got so generous and buy me a new one.

Ok la, i admit i really love these stuff walaupun muka saye nampak macam tak berperasaan. Sekian.

Tuesday, October 18, 2011

Dulu... Sekarang.. Sama saja...



Had another big fat fight last night.



Yup, aku yang tak faham bahasa bila dia kata dia sibuk.

Yup, dia sibuk dan takkan pernah ada masa untuk aku.

Yup, dia tgh sibuk cari duit untuk kahwin.

Yup, dalam 24 jam, sejam pun takde untuk aku.

Yup, this 14 days has been a hell for me.

Yup, aku suka bila orang "cancel" kan call aku

Yup, aku suka bila org asyik bagi alasan bila aku mesej

Yup, aku suka bila tunang aku tak leh nak mesej tapi boleh online pakai fon.

Yup, aku suka bila disuruh tunggu.

Gegirl Goes Genting...

Pergi Genting ngan Gegirl semua. Hahahaha.. Ok tak kita buh nama group kita Gegirl??? Amazingly kereta yang aku dapat haritu sedap untuk dipandu, walaupun kancil jek, tapi rasa cam drive avanza abah aku sebab kelembutan klac, minyak semua menyerupai kereta yang aku selalu bawak.


Pergi ngan Gegirl ni seronok sebab tak banyak songeh, satu kepala and kalau diorang tak ontime, leh sound je setempek kat muka terus, hehehehe.. Perjalanan mengambil masa selama tak sampai sejam pun walaupun kami benti 7e untuk beli air and singgah Batang Kali untuk tapau nasik kat situ.


Puas hati la main semua benda sebab menurut map yang kami pegang tu, semua gambe yang bukak kami naik haritu. Sampai Genting kat atas tu pun belum pul 10 lagi. So banyak game yang baru di test-drive baru leh main.





























Majlis Anugerah Cemerlang Jabatan Matematik la sangat~~~

With my bestfriend Erda... (gambar ana takde eh, sebab ana tak approved)



Sebab tak leh nak makan, kami amik gambar je. Mode: Bengang

Apabenda la si sahir duk skodeng tu???


Nampak tu??? Kerusi plastik biru, duk kat dinding and Sijil dekan jer... Ignore smiling face kami tu, it's auto bila ada camera.


Sebelum majlis bermula..





Aku tersenarai sebagai salah seorang penerima anugerah sebab PNGS aku 4.0 haritu. Aku bukan la orang yang tak bersyukur, tapi aku sangat tak berpuas hati dengan majlis yang diadakan kali ni. Majlis ni sekadar mepaskan batuk ditangga. Ehek, pandai tak aku berperibahasa??




Majlis ini diadakan sekali dengan AGM Persatuan Math dan Jamuan Raya. So ramai la yang tak menerima hadiah pun datang. In fact aku rasa mostly dalam dewan tu bukan penerima hadiah.



Bila aku duduk dalam dewan tu, memang nampak kelam kabut la, organiser takde nak susun pemenang hadiah, just siapa yang nama dia bangun je, even if u're half way around the dewan. Memang tak sistematik langsung. Yang pemenang hadiah semua duk setempek tepi dinding dengan kerusi plastik biru tu. Maybe aku je la kot, tapi aku rasa sangat tak dihargai and majlis tu agak hampeh. Maybe sebab junior yang organised and diorang cukup pengalaman, it was a disaster. And bila nama dipanggil untuk Anugerah aku ni, kitorang cuma dapat Sijil Dekan n buku nota besar tapak tangan satu. Yes, memang aku tak puas hati. Buang masa aku datang.



Next up dari segi AGM lak, aku memang nyampah kalau orang buat lawak bodo dalam sesuatu majlis yang formal. Persembahan tu walaupun lawak, it is so so so stupid to be watched and to be performed. Dengan cara pengerusi dia letak jawatan yang macam orang tengah nak mati je cakap, tak bermaya and main-main. Aku tak tahula kenapa budak-budak yang kat depan dewan tu semua bajet hot@cun@hensem, duk terkinja-kinja macam apa ja lagi. Aku bengang je duk dalam dewan tu. Bila Herie ajak keluar, apa lagi, blah je. Biar la diorang nak marah pun sebab keluar masa meeting tengah berjalan. Lagi lama aku duk dalam tu, lagi berbakul dosa aku duk kutuk korang semua.



Keluar2 je, tengok la makanan untuk jamuan tu, since kami ni menyeludup keluar awal, kami tak boleh la nak makan lagi. Ok that's fine, aku faham so aku terima. Tapi alahai, dewan pada haritu memang penuh, tapi makanan 4 tray je pun. Aku rasa macam nak bawak je AJK Makanan dia balik umah makcik aku. kitorang kalau BBQ kat KKB wlalupun 10 orang, makanana lebih dari 4 tray. Dah sah-sah la kenan berebut and jangan harap la aku nak berebut. Sangat barbaric ok!!! So last-last aku balik cam tu je la tak makan pun. Budak-budak yang datang untuk jamuan ja lagilah terkilan, jangan harap la cukup makanan tu 4 tray untuk 200++ orang.




The best part of majlis ni is:



1) Ambik gambar kenang-kenangan


2) Jejak kaki kat dewan konvensyen tu (ni kan sem last, so bila lagi~~~~)

Tuesday, October 11, 2011

Kegemukan melanda.

Tension la, i'v gor less than 11 month to getting married and still belum kuruskan badan. Arghh, kuruskan badan utk photoshoot je pon jadik la. Tak tahula nak buat cmna bagi kurus ni. Mr Fiance dah mula bising, dia kata badan naik sangat ni, n dia tak suka sbb dia taknak aku jadi lumpy abd slow. Haha!!

Dulu malam tak mkn sgt, sekarang ni tak tahu nape slagi nampak mkanan rasa nak je sumbat semua dlm mulut, padahal tak la lapar pon. Saje nak makan. Start ja cuti sem ni kena terus menyibukkan diri supaya masa tak dihabiskan depan tv and being a couch potato.

Takutnya klu takda baju kawen nanti... Arrrr tidak. Kena kurangkan berat badan ni!!!!!!

Saturday, October 1, 2011

First fight as fiancee.

Okay, so i'm a big and spoiled girl. I used to get what i want (after i worked for it), but when i'm not, i get really frustrated and start lashing out on the people that cares for me. Mula dengan silly fight, ask him out, and as usual, he's busy., Ayat dia "busy cari duit la, kan nak kawen", and ayat aku plak " jangan nak guna alasan tu, sapa nak kawen??" everyday same problemo. sampai la satu masa aku rasa dia saja elak msg aku sbb .. well, to avoid arguing ler. He's cool, and i'm like raging fire you know, aahhh... the wonders of opposite attraction.

At last he just drop the bomb, usually dia akan play along with my attitude, but that night he just said "i'm off to sleep, this is tiring" and he was gone. ok, mode merajuk pun bermula. for 3 days i ignore him konon nak teach him a lesson, but unfortunately, he's also teaching me a lesson. selalu kalau salah dia n i just ignore him, dia mesti akan msg tanya is there anything wrong.

I waited but, hmmm dia tak msg pun. 3 hari tau, mana tahan.. =(

On the third night, texted him saying "Hi". And he was like "i talking to u" well... sedih, tapi ego. so aku pun cakap nak pulangkan cincin and blablabla, malu nak ceta because it is so childish.

Today, we were a "perfect couple" once again. Aku terharu sangat tadi dia tiba2 mintak maaf. Dia cakap dia rindu sangat kat aku and how he felt selt thinking of me.

It's ok baby. Dia tanya aku marah tak kat dia, and aku cakap, aku mana boleh marah dia. I just cant. Frustrated but not mad. Dia cerita macamana kawan dia gaduh ngan tunang and diorg memang maki2. Dia cakap dia tak pernah maki aku, dari kami berkawan, bercinta and bertunang. Dia kata dia jadi geram bila dengar laki tu cakap ngan tunang dia macamtu.

Well it is true, he is the most patient man i ever know. Tak pernah sekali pun tinggi kan suara kat aku, tapi dalam lembut dia tu ada ketegasan. Bukan aku tak pernah kena marah dengan Mr Fiancee, i did. Tapi bukan dengan cara makian la.

And with that, love u always Mohd Shaiful Hafizzi.

Tuesday, September 20, 2011

Takda duit =( Tetetetetetetttt

Miskin tahap ekstrim sem ni. Sekarang baru minggu ke-2 and my PTPTN dah tinggal RM200. Bukan aku boros ek, tapi aku repair lappy aku, kenala RM400 (pas 2 hari repair rosak balik, dammit!!!). yang tu sbnarnya duit sniri, mmg nak wat duit makan, tapi sbb terover budget masa tunang tu, duit tu dah digunakan dengan harapan PTPTN still ada. Tgk2 masuk RM987 je. Ape kehe nye yob????

Talk to my baby yesterday, suruh dia bagi nafkah bulanan.. Ahaks!!! Yelah, kenela praktis jaga anak org kan.. And he said, insyaallah kalau dia pun ada duit lebih. So sweet la my baby ni. Since dah upgrade status ni, senang la plak nak mintak apa-apa. Dia selalu cakap, "abg taknak hipokrit, taknak indah2 je masa bercinta, abg nak latih ayg yang hidup ni tak sentiasa indah" there you have it. So dulu mmg dia tak berkira pasal duit, tapi dia takde la simply bagi, bila dah tak cukup sangat, baru dia bagi. And bukan semua benda aku mintak dapat, tapi sekarang ni mcm senang je nak dapat, tak mintak pun dapat.

Ada lagi 12 minggu lagi untuk semester ni. Duit lak ada RM200 je dalam akaun. Seriously takleh bertahan ni. Even kalau abg support siket pun, macam tak cukup jugak, aku pun tak harap sangat kat dia sebab bukan tanggungjawab dia pun. Nak mintak kat abah pun tak sampai hati gak sebab erm...

AKU NAK DUIT!!!

Monday, September 19, 2011

Saya dah bertunang!!


Selepas 3 tahun bercinta, bergaduh, berbaik dan bergaduh semula... kami pun BERTUNANG!!! Sangat happy tau. Ingat senang ke nak tahan segala cabaran dan dugaan tu. sayang punya pasal, akhirnya alhamdullillah kami tunang gak...


Family yang banyak membantu sepanjang majlis. TQ Abah n Ibu!!

Student who came all the way from SP

Pelamin yang dipilih masa duk moody2 dgn pelamin coordinator

Me and my fiance.. Not in sync though.. Aiya...

Masa sarung cincin, nampak tak brapa ramai paparazi kat tepi?? Tu belum yg sebelah sini plak...

Thanks MOHAMMAD SHAIFUL HAFIZZI kerana memilih saya sebagai bakal isteri awak.
Love u always abg!!


Wednesday, September 14, 2011

Selamat Hari Raya Aidifitri..

Raya tahun ni sangat happening, well.. extra happy sebab tahun ni tahun terakhir beraya sebagai single lady, lpas ni dah upgrade status jadi tunang org dah. As usual mestila bersalam-salaman di pagi raya memohon keampunan.. hahaha.. jiwang tak ayat saye?? Psal makan lemang n rendang, tak teruja sangat sebab masa bukak puasa the night before, semua dah bedal lemang n ketupat tu sebagai juadah berbuka.. Hahaha,, Lawak bia teringat yang kami ni bukak puasa macam org berperang ja, riuh!!!


Next, of cause la masa untuk berphoto shoot.. hehehe..