Monday, February 6, 2012

Walimatul urus... :)

Still in the wedding mode. Seronok gak pegi wedding sepupu2 ni. Minggu lepas pergi kenduri abg chik kat Kamunting, and yesterday pergi kenduri Wahida kat Alor Janggus. Tak sangka dah bergelar suami dan isteri org dah pun sepupu2 aku ini. Cepat kan masa berlalu? Rasa macam baru ja kita semua macam kanak2 riang, sekarang semua dah dirikan masjid. hehehe.. Not me of cos, lambat lagi masjid aku nak dibina...

First wedding, sepupu lelaki aku yang aku panggil Abg Chik or nama sebenarnya Shahrizan Bin Ibrahim. Abg Chik punya tema warna Merah. Very fiery and passionate. Pelamin sangat cantik and baju pengantin pun sangat cantik. Love it. Unfortunately, maybe dalam kalut2 tu, lupa nak assign seseorang untuk uruskan lauk pengantin and aku telah menjadi bidan terjun dalam menyiapkan lauk pengantin. Sadly, ayam golek tu nampak begitu menyedihkan walaupun rasanya sgt sedap. Jutaan maaf dipohon kepada pihak pengantin.. Hihihihihi, kene pakse maaa....

Kenduri Abg Chik habis agak awal. Aku tgk dalam 2 lebih orang dah beransur kurang and by 4pm, khemah pun dah mula dibuka. Our family ni selalu akan berkumpul selepas majlis utk bersembang2 and catch up with each other or what me and my sisters call as "togetherness". Time ni la sembang2 and gelak2, it was fun and rasa seronok gak.

Meng-over kan diri di atas pelamin org...


Abg Chik & Atifah... taktau la Ati ni pangkat adik or kakak sbb taktau umur dia..

Abg Lan n Abg Sham laju jek ambush meja pengantin..

Tukang wrap lauk pengantin.

Ni la ayam yg huduh tu... tapi sedap...sorry Abg Chik.


Second wedding, sepupu perempuan aku yang aku paggil Wahida or nama sebenarnya Nur Wahida Bt Rozali. Panggil Wahida je sebab.... sebab kami ni sebaya. Yeap... both of us is 24, but technically, she's 7 months older than me lor...saje nak bajet muda. Wahida...her eyes that day was WOWWW!!! She chose arabic style wedding gown. Memang sesuai la dengan dia sebab mata dia besar, so nampak menonjol sangat haritu. Tema Wahida warna hot pink. Khairi is the most sporting guy untuk setuju pakai pink masa hari perkahwinan nya. Hahaha. If it is my fiance, sorry la, pink memang pangkah terus, even masa kami tunang pun, aku pakai pink, dia pakai coral. Ok back to te wedding, lauk pengantin dia mmg cantik, siap ada pakar utk ukir2 tembikai lagi, udang pon cucuk2 kat lidi, thumbs up for the preparation.

Me and my sisters sibuk ambik gambar. Semua sibuk suruh aku ambik berkat, padahal bukankah aku dah bertunang?? Yang patut ambik berkat disini adalah kakak aku and abg kepada pengantin perempuan iaitu En Fawwaz.. hahaha.. ampunnnnn.... Kenduri wahida agak grand, 7 khemah tu, meja pengantin pun memang tempah la, takde la mai redah je, siap ada potong kek lagi. Kek ok la, not bad. Kenduri Wahida ni habis lambat sikit, sebab jemputan ramai kut. Tapi dalam pukul 5, org pun dah beransur dah keje2 menyimpan dah bermula.

My very gorgeous cousin, Wahida. 


With my younger sister and anak sedara, Nur Qaseh Irdina

Alahai sweet nye... Jeles!!!

Ini adik pengantin, comel2...

Mak Long tak ikut tema...

The cake...

Hantaran, simple but nice. Love it.


2 weddings in 1 week gap. Overwhelming kot. Tapi sangat penat untuk jawap soalan "Bila kenduri ilah plak?". Senyum and cakap "Lambat lagi lah" jelah. tu je yang termampu sebab aku sendiri pun taktau bila. Hahahaha... Walaupun aku tak rapat dengan family belah abah, boleh nampak la diorang ni jenis tak tikam belakang. Bukan jenis yang depan kita baik, bila jauh, pandai nak sembur2 dan kaki fitnah. Lawak betul bila ingat balik.. Dan masa kenduri ni mengeratkan lagi hubungan kami semua, baru aku faham kenapa abah nak sangat buat kenduri aku kat tempah yg dekat dengan homestay sekali, so we can practice our "TOGETHERNESS"

Apa-apa pun,

Selamat pengantin baru Abg Chik & Ati dan Wahida & Khairi, semoga berbahagia selalu.