Thursday, December 22, 2011

Sesi Kemas Barang.

Last night kemas barang, pulun siapkan semua. Fuhh siap gak. Tak sabar ni nak balik Penang Jumaat ni. Muahahahahahaha... Rindu dah kat adik2 n esok boleh pergi Pesta!!!!

Mr Fiancee cakap, ni bilik ke kandang beruang??

Selamat bercuti kawan2....

Wednesday, December 21, 2011

Gegirl Outing Part 1


Harini pas kelas Kimia, Erda tiba-tiba ajak pergi jalan kat pekan and makan KFC. Ermmm... Baru makan KFC so tak la tempted sangat nak makan. Tapi yang penting tu nak amik gambar2 kenangan kat sekitar tu, kan dah nak tinggal dah Tanjung Malim tercinta ni.. Sabotaj tull!!! Dah la pakai baju buruk ja pergi kelas sebab kelas sejam ja harini, tak berbaloi nak melawa sgt..kan kan kan???

Tunggu bas nak pergi pekan... Lepas ni takde dah la naik2 bas... 
Pas makan haruslah discuss mane nak pergi..

Budak2 ni kat pekan pun boleh je shopping

Ana n Ikin memang fail la buat muka penat + candid



Aih... Rindula kat budak2 ni nanti.. T_T

Penat berjalan. Barang pun tak kemas lagi nih. Esok mau pulangggg....

Tuesday, December 20, 2011

Last Weekend I Balik... Jeles tak??

Minggu lepas berkobar-kobar la nak balik sebab nak jumpa Mr Fiancee pada hari Sabtu.. Tapi sayangg..... boleh plak dia ada kenduri and terlupa. Perang dunia ketiga la jap. Gigih tak pergi kelas Kimia sebab nak balik, padahal tiap-tiap minggu balik ja. As usual, bertolak pukul 4 dari bilik untuk pegi ke kampus. 8 sem dah kat sini, jadual bas Metro pon sudah hafal okey!!!


Dah bersiap awal, bas plak takde.. Tension wa cakap lu!!!!


Setelah menunggu hampir 30 minit, bas PEKAN pon sampai, bajet nak smpai KKB before pukul 5.30. Tengok2 jam, pukul 5.25 pun still tercongok kat stesen bas Tanjung Malim. Sepanjang perjalanan harusla tak senang duduk sebab takut Fawwaz marah, yela, nak tumpang tapi lambat kemain. Apa ko ingat ko ma'am besar???!!!! Detik hati Fawwaz.. ngehehehehe...


Sampai KKB pukul 5.50pm. Encik Fawwaz pun idak ler sampai lagi.. Selamat~~~~

Masuk-masuk kereta, first thing Mr Cousin said, "Terlupa la Ilah nak tumpang, dah nak balik dah tadi, selamat Ilah mesej awal seminittttttt je". Sob sob sob.. Sampainya hatimu Mr Cousin. Kami sampai Batu Cave pun dah around Maghrib. Aku tersengguk2 tido dalam kereta. Hahaha.. Mesti si Fawwaz ni usha pelik je.. Hilang abeh ayu2 semua..


Rumah Chik tengah renovate, biase ler, sepupu nak kawin bulan 2 ni.. Uwaaa  jeless!!!!

Kalau duk sini, haruslah lepaking ngan adik. Aktiviti kami wajib involving makanan. Memandangkan kami ada kupon KFC yg dapat off RM5, maka kita harus gunakan nyerrr. Ptg sblm tu dah bersiap bagai, tapi hujan mencurah-curah plak, so tukar plan keluar malam. Chik tak makan ayam plak, kalau tak boleh belanja sekali.. Hihihihi....

Adik time makan jangan kacau.. mesti serius.

Ayu tak... Ignore la muka tanpa mekap tu. Malam takleh mekap. NO! NO!

Pikir nak makan apa lagi pasni...

Sebelum dan Selepas


















Pas maka harus jalan2 untuk bagi makanan turun, kalau tak nanti gemuk.. Hahaha, macamla sekarang ni kurus!!! Masuk Hinode and jumpa tabung yang takleh bukak ni. Terus rembat sorang satu sebab nak start menabung dah. Cukup satu tin boleh amik pakej bulan madu.. Wahhhh...





Wednesday, December 14, 2011

Saya dah mula insaf... teeheeee... :D


Start lepas Raya Haji mula berjinak-jinak memakai abaya. Selesa la jugak, tapi kain dia agak sempit la bagi aku. So step pun jadi ayu gitu.... Tak bleh nak jalan laju2 sebab nanti nampka mcm geisha... wah!!! Plus Mr Fiancee pun dah tak brapa bagi pakai jeans and all, dia lagi suke baju kurung.. Hahaha... Comel tak?? Comel tak?? Cakap la comel... Hihihi... 

Thanks to Erda for the photo.

Bitches Are Everywhere


Tgk glittery photo atas ni pun dah sum up everything yang aku nak cakap. Now, in the year 2011, my life is great, ni la zaman-zaman kebangkitan aku lepas daripada zaman high school aku yang super duper sucks. The suckest year of all time must be masa aku form 2. Class tu full of crappy n berlagak classmate. Bajet hot padahal muka tak lawa pon. Nah amik!!!

Apa perasaan korang bila orang kutuk korang depan2?

Aku ingat lagi masa aku Form 2 tu, on the way nak ke padang sebab ada PJ. Memang aku masa zaman sekolah sangat-sangat gemuk. SANGAT k... hehehe. Dengan pakai tudung pun buruk and so on la. Tengah aku duk jalan belakang 2 org classmate ni, aku nampak diorang berbisik-bisik. Aku jalan je la rapat sket tapi masa tu tak suspek apa-apa. Bila aku dekat, terus diorang leraikan berbisik tu and aku boleh dengar diorang cakap.
"Eh! Dia kat blakang la, dia kat belakang"
"She's listenning or not rrr??"
Syiallll......

Apa perasaan korang bila korang duduk kat satu meja and all the people kat meja tu bangun ubah tempat?

Masa tu still form 2. Macam aku cakap la, form 2 adalah zaman paling tough aku rasa. Waktu kelas seni, semua orang pergi ke kelas seni. Aku sebenarnya memang seorang yang sangat-sangat pendiam masa sekolah, sangat-sangat jarang bercakap. Kan meja kat bilik seni tu meja besar yang boleh duduk 6-8 orang la satu meja. Dalam kelas tu aku takde kawan rapat langsung, tapi aku kawan gak la dengan orang2 yang duk dekat ngan seat aku. Si D ni macam berkawan ngan semua orang la, pastu dia ajak la aku pergi duk sekali kat meja satu geng ni sebab still ada kosong. Bila aku datng join kan, tahu apa si W ni cakap??
"La.... macamana dia ni boleh ada kat sini ni" (sambil merujuk kat aku)
Tuhan je tau apa aku rasa masa tu.
So aku bangun and pergi duduk sorang-sorang kat meja yang untuk 8 orang tu.

Apa perasaan korang bila korang adalah last choice untuk org buat group member?

Masa ni menag, tiap-tiap kali kalau buat kumpulan, aku selalu jadi last choice, dalam kelas tu memang berpuak2, and aku dont belong to any puak. Serius cakap, chinese dalam kelas aku memang open minded and baik, indian and melayu cam #$#%*(^&!. Aku tak tau la apa kurang aku masa sekolah tu, maybe sebab aku gemuk and tak cantik kut.

That's why.......

Bila org cakap kurang ajar dengan aku sekarang, aku tak teragak-agak nak kata balik, I had enough of rude people. As for those bitches in high school, life korang still stuck in 2002, balik2 kawan tu, baik2 aktiviti tu. Grow up!!! Sebab tu kot aku jenis malas nak kawan ngan orang-orang yang bajet semua psal depa ja. Aku tak tau la those bitches tu dah berubah ke tak sebab dah nak dekat 10 tahun benda jadi. Tapi bila aku ternampak gambar2 diorang kat FB tu, memory tu datang balik. Arggghh!!!!

But...

I have a wonderful friends nowadays, my bestfriend, Shida yang tak lama lagi merangkap adik ipar aku, Mek, yang dulu rajin bagi semangat.

Ana, Ikin & Erda, kawan yang terima aku seadanya. Bialah gemuk pun, diorang layan aku sama ja. Tu lah bezanya orang yan berpelajaran dengan org bandar tapi otak sempit. Org tau kadang2 org takda utk ampa all the time, tapi thanks girls sebab always be there for me...

Monday, December 12, 2011

Random Day at Kuliah...

Harini Isnin minggu ke 13, 1 minggu lagi a before merdeka. Yeapp... Habes minggu 14 ni mmg merdeka becoz I will be long gone after that. Memang blik Penang dan hanya akan balik sini untuk exam sahaja. Hahahah. Barang semua pun mmg nak angkut balik dah. Harus cari kotak ni...

Harini kena present Kajian Tindakan. Kelas Seminar bosan sangat.. well.... pernah ke kelas ni tak bosan??
"mereka.... bukan diorang"
tension tak?? tension tak?? I do...

Mostly masa present semua org buat keje masing-masing je, yelah, hujung-hujung sem ni segala tok nenek nak kena submit..

Final draf tesis kami.. *Wink2* Harap tak jumpa dah pempuan macam tu. Sekian.

Cik Wan pun nak snap gambar juger...

Present Kajian Tindakan.. tak prepare sgt pun.. aih...






Sweet thing he did...

He hacked my FB and change my relationship status... Komen-komen tu pun dia yang reply. You never fail to surprise me.

Thanks sebab bertahan dengan org for this past few days. Org pun taktau macamana abg boleh bertahan sebab kadang-kadang org pun rasa org ni over mengada. Hekk!!!

Skrg boleh la tulis camni sebab hormon gila tu tak mai lagi. Hahahahahahaa

Tiga tahun lepas punya cerita...

Waaaaa..... Rindu nya masa dulu-dulu... T_T

Sunday, December 11, 2011

Sehari bersama MSH..

Two days ago got a message from him. Dia ajak teman dia tunggu org pasang tv kat kedai. Well merangkap dating sekali la. This date was horrible. Makan hati jek and terrible i tell you. Everything just went down south i guess. Tak tahulah apa yg tak kena, aku asyik rasa nak mengamuk semalam. Maybe because aku tgk dia macam tak amik port je dgn kehadiran aku kat situ, padahal dia yang suruh datang. Arghhh!!!! Yesterday was bittersweet la.. It was fun yet menyakitkan hati...

Masa baru sampai.. Bak kata org the calm before the storm..

Lepas lepak situ bersama-sama for abaout 2 hours, i know today is not going to be a great day. Tak tahula nak explain macmana, tapi mmg rasa macam tak best ja. Sebagai seorang tunang yang super duper ambik berat pasal aku, expalanation dia bila aku jadi cranky ni ialah, "Ni mesti ayg lapar ni". Eleh, nak kate kat aku la tu.. Tapi memang btul pun lapar sebab just breakfast roti and terus keluar, masa tu dah pukul 5 camtulah.. So we decide to order McD punya delIvery la. Call and the dispatch tu ckp the only McD available is McD Ampark Park, tu pun overload dgn order... Arghhh... Kat KL ni pun susah beno nak delivery.. So at last, dia ajak aku jalan je ke Wisma Cosway and makan kat situ. Wisma Cosway around 500m kot dari ofis dia. Kami berjalan and berjalan, and pity him nampak so exhausted, tak biasa jalan jauh kot, nak naik moto tak leh sebab helmet bawak satu ja.. Grrrr!!! (see?? know why i'm mad??? Bukan tak tahu aku nak dtg haritu)

Makan kat Dirabif Burger dekat ngan Pavillion. Why Dirabif?? Sebab yang tu yang kami jumpa dulu... Nape la tak jumpa Pizza Hut dulu..
p/s: burger dia sedap and tebal sgt kot isi dia... kenyang sgt...

Masa makan tak cakap sgt pun, I just take 2 to 3 bites, dia dah habis makan, apa benda yang dia duk kejar tak tahu la. Nampak sangat distracted. 2 kali dia bangun pergi 7E kat sebelah tu pergi topup. Pastu duk telefon kawan tanya pasal ikan tak habis-habis.

"En A, pi tgk ikan sat"
"Tgk ikan aku dah makan ka belum"
"Bagi dia makan sat"
"Letak makanan tu masa ikan tu berenang ke arah hg"

Ish ish ish.. Tunang sendiri duk tercongok depan ni dia buat dekk ja... Dah la sepanjang makan duk wat muka macho plak... Apa benda la dia duk fikir ek????

Kan dah cakap, dia duk wat muka "macho", pastu on the fon duk tanya khabar girlfriend baru dia. *sigh*

Then kami pun berjalan balik ke Kenanga International tuh. Best gak jalan-jalan ni, sebab kami dua org a bit lumpy la bila keluar, asyik2 makan and tgk wayang ja ... hahaha. Balik ofis, dia carry on with his work, i carry on online guna lappy dia. Motif aku datang harini??? Aku pun tak tahu, maybe because aku susah nak tolak kot bila dia minta.. Sob sob sob... T_T

Pesanan untuk kekasih... Wahh ayat....

Saturday, December 10, 2011

Aktiviti Malam Jumaat

"Malam Jumaat orang tak pergi kelas, malam Jumaat orang buat benda lain" (Nur Ashikin, 2011)

Itulah mind set kami bila kena pergi kelas malam, malam Jumaat lak tu!! Bengkel malam semalam Bengkel Kalkulator Grafik. (uishh... bangun2 tido sgt susah nak menaip rupanya, dari tadi byk sgt typo, otak n tangan tak synchronised lagi ni)

Actually kelas malam agak best juge, sebab semua orang nampak fresh and nampak relax. Penceramah pun not bad, dark guy in baju melayu, aih... lemah..lemah!!! Tapi satu yang unik kat penceramah ni, dari jauh nampak super cute, dari dekat nampak not so cute la.. haha!!

Bengkel sangat padat dan informatif, mula-mula ingat dah batal la sebab clash tempat ngan kelas mana tah.

Keriangan terpancar di wajah mereka... (*_*)

Ketekunan dua sahabat nak buat gambar candid tapi tersenyum gak sebab lumrah bila tau ada org ambik gambar

Align Center
Berjaya melukis graf!! Mr Fiancee.. Ni bukti org dah pakai cincin balik...

Nampak tu?? Kami belajar kalkulator grafik tau...

Again Ikin with her smiley candid face... Fail la ikin!!!

Last night was fun. Unwind sekejap dari tesis. Serabut kepala otak pikir tesis. Semalam 2.40am, saya ingin mengisytiharkan bahawa saya dah siap tesis!!!

p/s : Amaze tgk Sahir dengan hoodies pink nya itu... i pun takde tau....






Thursday, December 8, 2011

Gegirl dalam kelas Trends


Hari Khamis datang lagi. Itu bermaksud kelas Trends datang lagi. The thing i like about class Trends is.... tunggu la tgh pikir ni......erm... ermmm.... tgk org present kot. Bila tengok org present, jadi macam ada bahan la nak kata kat org. Hahaha!!! Everybody did that ok, dont act innocent. As usual bawak laptop siapkan Research Project yang such a pain in the "a double snake". Yeah, menulis blog ni selingan sebab i felt so seroius bila buat research.

Khas buat Gegigi a.k.a Ana ~~ Lagenda budak gigi. Karya Ashikin (2011)... efek tesis la ni..

Ana kalau masuk kelas Trends, tak sah kalau tak bawak masuk sekali mee goreng yg dibeli kat depan kedai Acer lama. Ala-ala masuk tgk wayang plak, selamat akak tu tak jual popcorn. Ana dan mee goreng kesayangannya memang tak dapat dipisahkan.

Erda yang masuk ke kelas dengan niat nak tnda attendance je, duk busy buat tesis, sampai tak cukup2 satu laptop, habis dengan laptop org dibantainya

Ikin nampak a bit sleepy je hari ni dalam kelas. Ana dgn pose default nye itu..

Minggu depan dah sibuk kena hantar dua assignment Trends tu, problem solving tu belum siap.. wuwuwuw... 5 groups to go.. tak sabarnya nak habis kelas ni.!!!!


Saturday, December 3, 2011

I Pushed His Button... T_T

Kali ni dia betul-betul marah. He never reply my text or answer my calls. Ermm, aku rasa sedih, tapi aku tak tau kenapa aku tak rasa bersalah. Maybe aku ni terlalu mendesak kut. Ermm, memang nature aku tak suka jawapan yang tak confirm. Aku memang benci bila orang cakap "nanti lah dulu". Sebab bagi aku " dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". Kalau takda effort, senang ja, that means yang you dont really want to be with me.

It all started pasal tarikh. Well i guess i got carried away sebab ramai sepupu2 yang nak kahwin walaupun aku yang paling lama sekali bertunang. Aku tak kisah pun kalau kahwin lambat, aku cuma nak tau tarikh sebab boleh la aku settle things bit by bit. Tapi aku selalu lupa, aku bukan yang utama dalam hidup dia. Kenapala aku selalu lupa...Sabar la hati ye...

Abah and ibu dah mula tanya, family aku bukan nak desak, diorang cuma nak tau progress. Aku ingat lagi satu mesej yang dia penah hantar kat aku. Dia tulis, "kalau ada duit, 4 bulan tunang pun , sy nak kawin dah".. Dan aku percaya.. T_T

Aku tak pernah boleh marah dia, sebab apa, hanya tuhan ja yang tahu. Aku tak sampai hati. Terasa nya hati ni bila dia kata aku ni macam bagus sebab duk pentingkan family sangat. Well, u dont put me as your priority, why should i?

Right now aku taw dia marah sebab aku bagi no fon abah, aku tau dia rasa tercabar ngan tindakan aku. Aku dah tak kisah. Aku tak penting, tak pernah penting dan takkan penting dalam hidup dia.

Memang aku tengah emo masa aku tulis. Bila dengar lagu "Rindu Setengah Mati" tu, air mata ni laju ja. Bodohnya!!!!

Kursus Pra Perkahwinan


3 Disember 2011. I went to kursus kahwin. Awal2 pagi agak bengkek sebab start lambat and urusetia nampak kelam kabut. Yeah, sangat tak suka bila orang tak on time. Kursus tu sangat berinformatif la, penceramah-penceramah yang hadir pun sangat pandai bagi ceramah, penceramah yang last tu sket2 macam usop wilcha. haha!!

Mostly in day 1 ni, dia byk cerita tentang fardhu ain, prosedur utk berkahwin and tanggungjawab both isteri and suami. Tak feel sangat pun pergi kursus kahwin ni memandangkan i'm not getting marry anytime soon, so, dia mcm tak brapa terkesan sangat di hati ni.

Bayaran RM80 bagi aku sangat berbaloi la kan. Makan disediakan pagi, lunch and minum petang plus dapat buku yang bertajuk "Memasuki Gerbang Perkahwinan" ok la tu. Worth it.

Went to this kursus with my classmate / housemate / bestfriend Nur Ashikin Ismahun. Best pergi ngan kawan sebab baru la tak tersengguk-sengguk sangat sebab bosan kot. Hahaha.

Keaadaan dewan a bit tak selesa... Thumbs down.

JAKIM bagi buku ni.. Harus baca!

Day 2 a bit boring, mostly cerita pasal ujian2 yang kita kena ambik before kahwin and so on. Ingat!! Ujian saringan HIV cuma valid selama 6 bulan, surat kebenaran kahwin kena apply at least 10 hari sebelu kahwin, and ape benda tah satu lagi yang cuma valid selama 3 bulan ja.

Buat ujian kefahaman and scored 37/40. Yeah!!! Patut leh kahwin dah ni.


Berjayeeee!!!!!