Friday, April 29, 2011

Arghhh!!!






I hate the fact that we weren't talking for the past 5 days.

I hate the fact that the both of us were so ....EGO!

I hate it when i logged in facebook and saw u wrote on another girl's wall. Walaupun org tak tau pasal apa.. org tetap TAK SUKA!!

I hate it when you make me misses you so much.

I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry.

I hate it when you’re not around, and the fact that you didn’t call.

But mostly I hate the way I don’t hate you, not even close…not even a little bit… not even at all.

Yeah2...Last line tu mmg macam pernah dengar...tapi BETUL...

Wednesday, April 27, 2011

Jumaat ni exam terakhir!!!

ignore this guy's super hairy hand


Jumaat ni exam Physiccal Chemistry. Argghh!!! Tension2.. Makin study makin terasa bengap plak. Hahahah. Baru balik dari rumah Ana untuk study group. Sangkut gila2 kat bab 3 neh... Ish ish ish... Lusa dah nak exam ni, macamana ni??

I love u Prof Ramli, but i dont know why, everytime dalam kelas Prof, otak saya macam dah terbang ke merata tempat. Kadang2 macam tertinggal kat KHAR je.. Dulu sem 3 pon saya ambik Kimia Asas dengan Prof. Saya suka Prof sebab tangan Prof comel. Tapi saya tak faham sangat!!! Huhuhuh... Saya salahkan tangan Prof yang comel tu, sebab bila Prof tulis atas visualiser, saya duk tgk tangan Prof bukan apa yang Prof ajar.. boleh terima tak?? Kimia Asas pon dapat B je Prof. So, kali ni nak dapat A plak..boleh la Prof ye... Hehehehehe...

Subjek ni buat saye rase mental sekejap Prof.. HAHAHAHAHUHUHUHUHIHIHIHI...

Inorganic Chemistry Test


Heee...cerita lama, tapi tak adil la kalau blog pasal LP ind Physical Chem tapi tak blog pasal Inorganic Chem. Inorganic chem haritu boleh tahan la..Kalau rasa amcam boleh dapat A..over confident sangat tak?? Hehehehe... Aih... tapi part last kat Haber Process tu salah formula lak, calculation macam dah betul. Tu lah kita ni student, klu buat latihan tu, hafal tu je la. Sekali dalam soalan tukar siket je, bantai gak buat yang sama. Selamat la Puan Yusnita cakap " walaupun salah formula, saya akan cari gak markah selagi ada.. Hehehe... Suke2... Inorganic Chem ni walaupun banyak yang kena hafal, tapi suka sangat kelas ni. Maybe sebab cara Puan Yusnita yang bersungguh2 ajar.. Hehehehe..




Untuk Cik Adilah Yahaya

Jangan duk bersedih sangat. Busy2 dia pon, dia tak cari org lain. BERSYUKUR siket. Hehehe. Dia sayang ko tu Cik Adilah oi!! Family dia pun faham. Kenapa ko ni susah nak faham keje dia eh?Takkan ko expect dia untuk layan ko 24-7? Bila dia dah pujuk ko baik-baik, bertambah-tambah lak mengada2 ko tu. Dia pon ada limit sabar dia. Kan sekarang dia dah marah. Amik ko!!! Bila dia dah marah, ko gak yang rindu dia sampai mandi tak basah, tidur tak lena, tapi makan lalu jek. Kan aku dah kata, bila ko rasa marah or sakit hati sangat, ingat balik apa yang buat ko jatuh hati kat dia mula-mula tu. Ko mula bercinta dengan dia masa dia keja hotel lagi. Beza ka dia sekarang??? Busy dia macam tu jugak, kenapa sekarang baru jadi isu untuk ko?? Aku tau ko sayang dia sangat, tapi ko pun kena tau yang dia pon sayang ko gak. Setiap hari semakin sayang tau tak!!

Bersabar la. Nak buat macam mana. Ko nak ke kahwin dengan orang yang takde kerja, yang bergantung kat ko untuk perbelanjaan harian? Nanti mula la ko kata lelaki tak guna la nak sara family pun tak boleh. Beza ko dengan dia ialah, dia hidup untuk masa depan dia n ko pulak hidup untuk hari ni ja. Aku tau ko ada isu dengan kematian so ko nak setiap hari ko tu bahagia ja. Ko plan untuk masa depan ko tapi ko tak la teruja sangat nak capai sebab ko tak tau masa depan tu pasti ke tak.

Aku di atas ialah Superego Cik Adilah ni. Kadang-kadang budak ni kena kasik basuh sikit otak dia so dia bersyukur dengan apa yang dia ada and stop her from her own made misery.. Peace out!!!

Tuesday, April 26, 2011

Cemburu.

Serius org cakap, org cemburu dengan roomate org, walaupun bf dia tu pernah curang dengan dia, tapi bf dia main peranan sebagai bf. Faham tak?? Hehehe... Bila nak dibandingkan, macam-macam org tak puas hati, tapi abg org biasa, buat kesalahan gak, samalah macam org duk buat salah kat abg gak. Org taw, kesalahan org yang paling abg tak suka ialah org ni kuat merap. Org tau abg tak suka sangat. Tapi abg pon banyak bersabar. Org taw....Jangan ingat org tak bersyukur pasal tu...

Org tak marah, and org pon tak suruh abg berubah, sebab takda sapa2 yang salah. Abg kena kejar cita2 abg selama ni, sebab peluang macam tu datang sekali ja seumur hidup. Org pon tak tahu nak suruh abg berubah apa even klu org nak pon. Org pon kena berubah ni, org kena matang kan diri. Org harap 4 bulan berjauhan ni, kita dapat la fikir apa yang kita nak. Samada kita nak usahakan sesuatu, or kena biar je semua berlalu...Hehehehe..Org tak marah taw. Tapi org taw abg marah org. Ok ok...I'll stop.

Monday, April 25, 2011

So why make me "fall in love" in the first place?

"Fall in love @ sayang " or what ever you want to call it. Why?? Kenapa?? Kalau couple-ing is not for you guys, kenapa cari perempuan tu dulu? Kenapa jadikan dia pasangan? Kenapa bagi dia harapan? Bukan org yang cari dia dulu. Org pon bahagia ja masa org single dulu.

And nope..his live does not revolve around me ok. As i said earlier, dalam 24 jam dia, cuma 1-2 jam ja peruntukan untuk org, max 3 jam. Sebab org pon ada kawan2, org pon faham. siang2 langsung kami tak cntact ok.

And nope...pasal duit, faham2 la. org tak pernah mintak dia beli apa2...and dia pon tak pernah beli any jewelerry or whatsoever. about the bills, kami rotate. tak wujud istilah "gentlemen" klu dia yg bayar every bill. Faham2 la. I'm not his wife, bukan tanggungjawab dia lagi utk jaga makan minum org.

Org taw this is none of your business, i just want to ask WHY??????????

Kepada yang berkenaan.

I'm so sorry about yesterday. Pasal semalam, pasal status semalam. =(

I know u're just trying to make me feel better, just trying to stop me from making a fool out of myself. Org taw org tak patut tulis macam tu. And ot's true....

"perempuan diciptakan untuk lelaki, dan lelaki diciptakan untuk perempuan"

So memang perempuan hanya boleh bercinta dengan lelaki. Cuma sometimes it frustrates me to think, apa beza nya bercinta lepas kahwin and bercinta sebelum kahwin? Apa yang membuatkan bercinta lepas kahwin tu lebih best? Are we talking about the S stuff? Is the S stuff is really that important kepada lelaki sampai tak boleh bahagiakan pasangan if they dont get those?

Yeah... i'm blabbing this stuff to someone who's not even my boyfriend. and yeah...this is me + my hormones are talking.

Penat+Sedih+Geram

Penat bila asyik merayu untuk jumpa tapi asyik cakap TAK BOLEH! TAK BOLEH! TAK BOLEH! . Dah la, klu dah taknak sgt sudah lah. tawar hati dah nak merayu. sakit hati bila lelaki lain merayu-rayu ajak keluar, tapi boyfriend sendiri asyik tolak bila ajak jumpa.

aku faham dia busy kerja. tapi come on la. busy kerja tapi lepak ngan kawan sampai 2 3 pagi on ja. (jangan nak cakap...biasa lah, lelaki memang macam tu) aku BENCI.

To him:
Org penat dah nak berebut abg dengan kawan-kawan abg, paksu abg, kerja abg. org fhm org ni org yg ke 100juta dlm hidup org. org faham sangat kedudukan org tu. So, yeah...GOOD LUCK la dengan kerja abg yang maha penting tu.

Sunday, April 24, 2011

Esok exam LP

Uwaaaaaa.... dah nak exam LP esok. For those who dont know, LP stands for Linear Programming. Sebelum ni paper Inorganic Chemistry. Belajar sorang2 je sebab subjek tu banyak kena baca, takde sangat nak kira-kira or whatsoever. Memandangkan aku ni susah sangat nak faham bila Dr Wahab ajar, terpaksala buat study group. Study ngan budak berdua ni..

Sori I letak muka u alls mase duk tak stylo lagi..

Si Erda ni kalau datang je, mesti bawak mee goreng. Almaklumla, otak, tgn dan mulut mesti bergerak seiringan. Habis satu soalan, makan. Pastu buat lagi, habis soalan, makan lagi.. Huhu..Aku lak pembekal Ice Lemon Tea. Ana plak pmbekal air masak n keropok yg roda warna warni tu..Hehehehe..

Ok2, as usual kami pon bila masa buat soalan, serius jer, semua buat dengan penuh tekun. tapi yang lawaknya, kami semua mesti buat salah sorg siket. For example, ana tegus erda wat salah, erda tegur aku wat salah, and aku lak tegur ana wat salah. most of the time, careless mistake la. bila ngadap kertas yang penuh dengan number, mesti ada ja yang tersalah tgk. Lepas dah studi sama2 ni, ok lah, ada la gak keyakinan nak jawab esok.



Goodbye My Friend


Ikin kesayangan saya dah balik...wuwuwuw

Sedih la.. kin i'll see u on my birthday.

JAGA DIRI BAIK-BAIK TAW.

Love you. xoxo


Monday, April 18, 2011

Jawapan nya ialah..... (DRUM ROLL....)

1. Menyusup keluar pukul 3-4 pagi untuk pergi makan nasik kandar.

Ni selalu la gak buat. bukan apa, kadang-kadang, secara tiba-tiba teringin gila nak makan nasik kandar, pukul 2 ka , 3 ka, on ja, semestinya pergi makan kat Rafee. Tapi jarang makan nasik, selalu makan roti telur, cuma my partner in crime iaitu c Lubby tu yang suka makan nasik. Sebab pukul 2 3 pagi bukan la masa yang abah bagi keluar rumah, what we did is, kitorg amik kunci avanza abah tu and tolak kuar dari tempat parking tu, bila dah jauh baru start enjin, tapi pernah gak sekali tu, beriya tolak keta, pastu start enjin n jalan, lalu atas penutup longkang. GEDEGANG!!! kuat gila bunyi... hahahaha..

2. Buat persembahan gimrama.

Walaupun ramai yang jawab, unfortunately, i done that before ye kawan-kawan. As Georgians (st george's school student) kitorang memang wajib untuk buat gimrama. sekali masa tingkatan 3, sekali masa tingkatan 5. Markah ni dinilai under subject Pendidikan Jasmani. Well, i hate it. Dua-dua kali aku gimrama and dapat bola. Ingat senang ke nak melompat-lompat and melentik-lentik. I leave that to your imagination.

3. Masuk acara lari berganti-ganti

Dulu sebelum buat pembedahan, memang aktif, masuk lumba lari, olahraga and so on, tapi lepas operate, demmm!!! badan macam kena pam lak, entah darah sapa la hospital masukkan time tu.. hehehehe..

4. Tulis surat layang

Unfortunaely, this is the thing that i've done but i'm not proud of it. Enough said.

.
.
.
.
.

5. Bermain gitar - Full song lagi.

Saya bukan org seni, memang takda bakat langsung. Dah try nak belajar gitar dari kakcik, cuma belajar not C and give up sebab sakit jari. Yeah, I'm a big baby...

Saturday, April 16, 2011

Classmate At14



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN YE KAWAN-KAWAN


Buat yang terbaik..

Segala salah silap harap dimaafkan.

Jumpa lagi semester 8.

Selamat Ulang Tahun Sayang




Ulangtahun kelahiran ok...

Tahun ni, abg dah cukup 25 tahun. bila lagi mau settle down encik?? hehehe.. nak wish happy birthday. niat asalnya nak wish dengan penuh keriangan, tapi sapa suruh abg merajuk lama sangat, yang abg dapat cuma org menangis2 ja, abg kata org histeria lak. haha!!

Umur dah 25 tahun, perangai macam, 35 tahun, takpala abg. Org harap abg berjaya dalam hidup abg, dapat apa yang abg impikan selama ni (bukan ke abg impikan isteri yg comel macam org??) Macamana org sayang abg 3 tahun lepas, macamtu lah org sayng abg sampai saat ni.

Selamat Hari Lahir. Moga dirahmati Allah selalu.

Birthday Boy...

Tuesday, April 12, 2011

Mode: merajuk

Uwaaaaa........ dah tiga hari di ignore. sampai nya hati dia. first day call dia 31 kali, and he tak angkat, semalam call 16 kali pon tak angkat gak. ya ya... memang la nampak macam psychotic lover, tapi bengang maa, call tak jawab, mesej tak balas, mula la atur strategi untuk balas dendam ni.

tak tahu la sebab dia busy or tertidur or merajuk pasal 3 hari lepas. I DONT KNOW ok, since dia tak angkat fon dia tu.

ok, kita rewind 3 hari. Hari ahad lepas, satu hari dia tak mesej or call. tunggula dengan penuh tawaduk. sampai kul 11.30, aku pon mesej la dia dengan manja dengan niat nak bermesra-mesra. (ye la, penat gak tiap2 hari bergaduh), pastu dia kata dia tgh main bola, dia kata balik kang dia mesej, tunggu lagi dengan penuh tawaduk sampai kul 1.30pagi, tak mesej gak, mesej yang aku hantar pon dia tak balas, aku call la, dia angkat n cakap "baru sampai rumah ni, tgu jap, nti mesej balik". aku dah mula merajuk, tapi takpe, tunggu lagi. tengok2 jam dah pukul 3 pagi, time ni dah duk tunggu sambil menangis sakit hati. mesej dia lagi, n tahu tak dia jawab apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
"abg atas motor ni, on the way nak balik rumah"
.
.
.
tak ke menimbulkan kemarahan macam tu. aku just jawab "ORG BENCI PENIPU". and terus dua2 pon senyap. and now, aku yang cari dia, but still dia tak angkat fon and tak jawab mesej,
  1. siapa yang patut marah ni, aku ke dia?
  2. siapa yang patut merajuk, aku ke dia?
  3. patut tak apa yang aku cakap?
disebabkan dia ignore aku, aku cakap aku masuk wad. and dia cuma hantar mesej tanya kenapa masuk wad. disebabkan aku tengah merajuk, aku tak jawab. and dia pon takde plak hantar mesej untuk tanya lagi, call...jauh sekali. yes, aku TERKILAN sangat!!!


Monday, April 4, 2011

Till we meet again sayang.

Sabtu lepas jumpa sayang, damn, i already miss him. macamana nak berjauhan 4 bulan ni. every inch we're apart, sungguh menyeksakan. dia cakap, bila dia free, dia akan melawat aku kat sg, petani. n i know he just said that sebab dia tahu aku sangat sedih untuk berpisah. that's very sweet of him. sayang, org janji takkan pergi jauh dah. T_T