Monday, August 22, 2016

After 4 years and 4 months away...

Assalamualaikum, 4 tahun lebih dan selepas post terakhir aku.. too swamp with lots of lots of work.. Oh and by the way, Mr. Fiancee dan pun upgrade jadi Mr. Husband pada Disember 2012, kemudian upgrade lagi sekali jadi Abah pada September 2014. Aku, pun dah keje tetap sekarang. Mengajar di SMK Bukit Jambul. dah 3 tahun kat sini. Jadi mak utk seorang baby boy yg sgt comel and sgt baik Adam Hafizzi. Adam pun dah nak masuk 2 tahun bulan depan. Cepat masa berlalu. 1 minit tgh single, 1 mint dah jadi isteri org, 1 minit lg tgh beranak, tau-tau sekarang, dah nak masuk 2 tahun pun.

Macam-macam jadi dalam masa 4 tahun ni, pahit, manis, luka, semua dah lalui. Hampir kehilangan dan tengah berusaha untuk memperbaiki balik hubungan ni... 

Hehe... bila dah start menaip balik ni, mula la datang balik my addiction to blog everything ni.. Okay, ada masa kita update lagi. Assalamualaikum semua.

Sunday, May 27, 2012

Berakhirlah status pelajar aku ni...


8 Mei 2012, 4 bulan lepas habis belajar akhinya aku pun bergraduat la dari UPSI "tercinta" tu. Hahaha... I went there earlier untuk ambik jubah. Memandangkan kontrak aku tamat masa aku nak pegi KL tu, aku pun apa lagi, gunakan lah peluang ni untuk bersuka ria di KL. By bersuka ria di KL, i mean went out with my fiancee.

Sempat la menge-pau dia sepasang kasut konvo. Well entry ni basically untuk aku syok sendiri n ceritakan how that day went through. Semua org ada, even Mr Fiancee pun datang, except for my little sister, Kakcik who's having exam on that day, kalau tak mesti complete semua kan...

Tengah bersiap-siap seawal 5 pagi....*Yawn*

Nampak tilam tepi tu?? Aku la mangsa tido bawah sebab katil single ada 2 ja

Layan satu pic dulu dalam bilik

Duk pikir macamana la nak pakai hoodies tu

Family portrait




Belah mana nak letak rambu2 ni???

TQ abah n ibu for the bouquet, dapat 3 ekor bear lagi.

Ikin takde, so tak cukup korum :(

Blur yg amat, thanks to amateur photog, Sitot.


Kegedikan di luar dewan

Eh apasal sama ja pose macam gmbar atas? hahaha... Sarah muka  kena paksa senyum sebab dia *tettttt*


Sayangsssss


Ha jangan taktau, ni lah Tan Sri Yahaya, beliau dapat PhD haritu


Istiadat konvokesyen Sesi kedua tamat pada pukul 11 pagi, selepas sibuk ambik gambar semua, aku pun call la tunang aku tanya dia kat mana dah. Alangkah sedihnya bila dia rupa-rupanya masih tido, tapi masa aku call dia kata on the way ..grrrrr...  3 jam kami tunggu dia, aku punyala takut abah marah sebab abah dah nampak muka lapar sangat, aku lak nak tunggu tunang aku sebab nak amik gambar kenangan dengan dia, tapi thankfully abah tak marah, even kalau abah marah marah pun, abah tak tunjuk kot. hehehe..

Aku pun sempat la gaduh 2 3 round dulu befir dia sampai, yelah, kalau aku sorang tunggu dia takpe, ni sebab abah n ibu pun duk tunggu so a bit pressure la. Lepas dia sampai kami pun terus snap a few pics and pergi makan.

Dapat bunga dari Mr Fiancee

Walaupun bengkek tunggu lama, tgk dia terus tak jadi marah... aih.... 
Bersama2 insan2 kesayangan
Makan2, Mr Fiancee belanja, pong pang dia sembang dengan abah dan ibu nye
Yeay, harini secara rasminya aku bergelar graduan, salinan ijazah semua dah dapat so no more applying job pakai SPM, hahahahha...

Tq Abah, Ibu, Mak, Kakak, Kakcik, Adik, Yang & Abg






Saturday, April 21, 2012

Pindah la lagi kita ke sekolah baru.

Sehari selepas habis kontrak kat SMK Padang Polo, aku pon pegi la ke PPD untuk mintak sekolah baru. Harapan memang nak sambung kat Padang Polo balik, tapi memandangkan Encik Raffie kata there's no more vacancy there, terpaksalah aku ke skolah lain. Sekolah baru yg aku dapat ni SMK Convent Lebuh Light. Sekolah ni merupakan sekolah perempuan tertua di Asia Tenggara. 12 April 2012 haritu sekolah ni baru celebrate birthday dia yang ke 160.

Latin Motto... macam St George.. tapi aku pun taktau lagi maksud dia...

Tadika, primary n secondary school dia terletak dalam satu pagar tapi under pentadbiran yang lain-lain. First day pi sekolah ni memang pening la susunan dia, sekolah ni sangat besar and located exactly tepi laut. Sampai-sampai je terus jumpa PK memandangkan pengetua takda kat skolah haritu. My first impression, ermmmm... buat aku rindukan SMP Padang Polo sangat2... Bilik guru dia super sesak and satu meja besar tu share 4 org guru. Aku lemas dan rimas ngan sekolah ni.

Bilik Guru, dik ain ingat ni Post Office

Aku kena ajar Matematik and Sivik, Math form 1 and Sivik form 4. Ajar form 1 sangat enjoy sebab maybe diorang ni muda, diorang ni hormat kan kita, ajar form 4, sangat lah tiring, form 4 sangat kurang ajar. Tapi aku tak kisah pon, gaji aku jalan. Hahaha... Pernah aku pergi naik ke kelas diorang n sound semua org bila diorg buat aku tercongok kat libry sorang2 padahal aku dah suruh pegi libry, and a girl lalu sebelah aku n cakap "this teacher is so evil" and tenung aku tajam2. Hmmmm, tak goyah pon...Kat sekolah lama diorang panggil aku Cikgu Torture.

Owh, and by the way, sekolah aku ni sekolah Christian, so they opt English untuk semua subjek Maths and Sains, walaupun PPSMI dah dihapuskan. Layan jelah, cakap jelah. Sekolah ni di bawah naungan Infant Jesus Society, so aura Kristian tu sangat kuat la. Aku tak suka sekolah ni, even logo skolah diorang pon ada tanda cross, tapi sebab kena pakai kat baju, diorang alter cross tu jadi bintang. Tapi kalau kat dinding sekolah tu, sebesar2 alam tanda cross tu, plus, sebelah dewan sekolah kami is an active church yg memang ada priest and sisters yang tinggal kat situ. Masa sambut birthday sekolah haritu, terkejut aku bila diorang mulakan majlis dengan bacaan doa oleh Sisters form Infant Jesus.

Permandangan dari luar pagar sekolah... Pagi2 jam nak mampus area ni...

Beach Hall, ni lah tempat perhimpunan kami, gambar ni diambil membelakangi laut..


Pemandangan dalam sekolah, siap ada driveway lagi...

Anyway, just a two months contract, cabaran dalam bertugas, kita terima sajalah dengan hati terbuka =)

Sunday, April 8, 2012

The Parents Meeting

Last week bersamaan 5 April, both parnts meet to discuss on the wedding. Malu gak la bla org refer kita as 'pengantin'. Heeeee... Apasal la tunang aku ni hot semacam lak masa datang haritu, tu lah susah duk jauh ni, bila jmpa, adui... rindu gila. 5 April pun bersamaan dengan hari aku lapor diri kat sekolah baru. A bit hectic tapi  thanks to Herbalife teamix, aku bertenaga ja sepanjang hari.

His family arived at 4 lebih, tak sah la kalau tunang aku tak sesat 2 3 round dulu. Sampai Sarah kata "ala, lambat lagi abg sampai, abg nanti sesat dulu" bila aku bitau dia abg dah dekat. Hehehehe... Perbincangan went smoothly. My dad seems to loosen up a bit dengan abg. Dulu buat muka ketat ja, sekarang ni siap melawak2 lagi. Memandangkan my parents pun org Kedah, so our parents adalah kawan2 yang sama. 

Akad nikah bulan 6 tak boleh diteruskan due to taknak buat 2 kali kerja. So we decided to bring it after raya in Ogs. Unfortunately, time tu cuti raya, so catering taknak ambik, and if they do, they charge us sangat tinggi. Akhirnya, di postponed ke bulan Disember. Takpelah, sempat la nak kurus before wedding, and sempat la my tunang nak prepare rumah. 


Sunday, March 18, 2012

Hati kental

Tunang aku ni hati kental walaupun aku duk moody dengan dia, dia kata, lagi dia layan, lagi menjadi2, so dia counter attack aku.. Tension~~~~


Apa yang korang rasa saat ini?

 
Lately has been a very stressfull week for me. Macam-macam jadi. Well, mata dah cukup bengkak dah. Tiap2 malam tido ngan mata bengkak. Dah kering dah air mata ni. Terima kasih la untuk orang2 yang buat aku menangis, lagi korang buat aku menangis, lagi aku sedar yang korang ni takda makna pun dalam hidup aku.

This week, ulang-alik pergi hospital teman akak pergi check up. Lepas dozens of check up, tests, ambik darah and all, akak pun kena admit ward. Doc cakap kakak mengidap SLE ( Systemic Lupus Erythematosus). SLE, is basically a disease that antibody pesakit tu menyerang cell2 badan pesakit itu sendiri. Instead of attacking virus, antibody tu attack baadan dia sendiri. This kind of disease, memang tak diketahui punca kenapa dia jadi, and this kind of disease takkan hilang. Once kita kena SLE, kita memang takkan recover since there is no drugs to cure it, apa yang boleh kita buat, cuma makan ubat untuk kawal disease tu. Tuhan je tau betapa sedihnya hati aku. Biar aku yang sakit pun takpa asalkan orang lain sihat. So this week, every evening pegi lepak kat wad dari pukul 6 sampai 8, teman akak. Tapi alhamdulillah, kakak masih di peringkat awal, so kidney dia tak effect lagi, cuma effect joint je. Across dari katil kakak, the girl hidap SLE for 5 year, seriously, aku takut. Aku sayang kakak, aku akan jaga dia selagi aku mampu.

Next week, aku kena pi interview kat Kampar for Assistant Lecturer post, aku memang nekad nak tukar keje sebab aku takleh la keje sekolah dah, keje jadi guru ganti memang best, tapi kerani tu macam bangang, buat keje last minit, sampai keharini aku tak dapat gaji lagi. Harini 18 Mac 2012, gaji untuk January & February pun tak dapat lagi. Serius bengang! Macam2 plan aku nak buat semua takleh nak jalan. Aku pun tak entirely bersedia sangat nak pi interview ni, taktau la apa dia nak tanya, prepare a little bit and tengoklah macamana, ada rezeki, adalah...

Few days back ibu sembang2 ngan aku, my parents do not agree untuk nikah dulu and kenduri kemudian. Ermm, aku pun dah give up la pasal kahwin ni, apa nak jadi, jadilah. Tuhan cakap aku kahwin, aku kahwinla, dengan tunang aku yang busy memanjang, semalam seharian aku tunggu dia, apa yang aku dapat? cuma kena marah. Bila kena marah, aku tak nangis pun, sebab air mata aku betul dah kering ni, tapi tuhan ja yang tau betapa terlukanya hati aku. Kenapa dia boleh lepak ngan kawan sepanjang hari tapi dia tak boleh sejam dua msg dengan aku pun. Takpelah, nak cari duit kan.. Carilah selagi mampu ye..

Aku pun nak bina hidup aku, malas dah aku nak buat keputusan melibatkan dia nanti macam " nak keja perak, tapi nanti kahwin susah lak, nak apply ke tak ni?". Akhirnya aku decide, bina hidup aku dulu, kalau dia takda aku pun, dia ada kawan2 dia dah. Kan kawan2 dia penting. Dia cakap dia takda masa untuk pikir aku ja, masalahnya ada ke pikir pasal aku? Aku tunggu dia spnjg hari macam tunggul, ada ka dia kisah?. bila kerja, sibuk dengan kerja, bila cuti sibuk dengan kawan. 

Hahahaha... Semalam baca artikel pasal kemurungan, aku tengok simptom2 dia macam ada, tapi aku rasa aku depressed bila adik beradik aku takda, adik2 semua dah balik KL, kakak kat wad, tinggal Sarah je. Aku rindu adik2 aku, aku rindu kakak aku. Diorang la kebahagiaan aku. Hehehe... I want u girls semua balik rumah...

Sunday, March 11, 2012

Sehari bersama MSH- Part II

Haritu spent whole day dengan dia kat KL, now it's time for him to came over to Penang. Memandangkan Mr Fiancee ni kerja sendiri, so cuti dia pun sesuka hati yang dia suka. He came over to Penang masa school day. Hari Jumaat bersamaan dengan 2 Mac 2012. Last kami jumpa masa bulan January, tak silap aku 5 Januari haritu, so aku jadi agak "meqoyan" bila dia cakap yang adik dia nak ikut, hmmmm. Maybe i overeacted, tapi entah la, maybe sebab lama tak jumpa kot, and privacy for me is very crucial..

Okay, memandangkan Jumaat aku still bekerja and Mr Fiancee pun kena pi sembahyang Jumaat dulu, maka kami pun keluar lepas Sembahyang Jumaat la. Mr Fiancee sampai Penang pun dah dekat pukul 4. First up kami ke Penang Hill, aku pun taktau nak bawak dia ke mana sebab aku ni nama ja warga Penang, tapi setakat Queensbay, Gurney, Prangin and segala mall2 yang lain aku khatam la, tempat peranginan ni memang fail la sebab tak pernah dating kat Penang. In fact, ini adalah first time kami dating kat Penang walaupun dah hampir 4 tahun kami kenal, 3 tahun lebih bercinta and 6 bulan bertunang. Sebab apa??? Sebab kami keluar kat KL je, senang kat KL.

Naik train untuk ke atas Penang Hill, Mr Fiancee jalan laju sebab nak dapatkan seat, aku plak stuck belakang sorang Ah Po ni, so last2 dua2 orang kena berdiri ja. Tapi sekejap je perjalanan untuk naik ke puncak tu, dalam 5 minit plus2 je, memang curam sangat bukit tu, seriau rasa, tapi sebab Mr Fiacee ada depan mata, everything seems cool. Hehehehe... 

Tiket RM 8.00 utk pergi balik.. =)

Muka riang ja dua2 org masa naik train.
Permandangan kat atas memang phenomenal, and cantik sangat. Penang Hill tu sejuk la jugak, ala2 Cameron pun ada, taktau la sejuk sebab nak hujan atau memang sejuk. Kami duk situ dalam 30 minit je kut, terus hujan lebat and menyebabkan kami kena turun. Sempat la snap gambar 2 3 keping. Masa tengah tunggu train, I did something bad, aku terbaca mesej dia dengan seseorang and I flipped out. Mesej yang bercerita tentang aku. Hmmmm... So aku terus hilang mood. He kept asking why, I kept keeping quiet. Masuk2 dalam kereta, aku pun cakap la apa yg aku baca, pastu dua2 orang mula bertekak. Aku menjerit, dia pun dah nak menjerit, pikir2 balik lawak pun ada. Pastu dua2 diamkan diri, 5 minit je, pastu terus macam biasa balik, terus pi Line Clear untuk makan.


Kenangan.. (*_*)

Masa kat Line Clear, mintak maaf apa yang patut, Mr Fiancee makan laju gile, pastu sibuk duk snap gambar. Walaupun aku org Penang, ini adalah first time aku menjejakkan kaki ke Nasi Kandar Line Clear. Ok lah, kari dia sedap, tapi ayam goreng dia keras sikit, sedap lagi ayam goreng kat Nasi Kandar Rafee.. bagi aku of cos.... Lepas kami makan, kami pun tak buat apa2 la, just jalan2 dalam kereta jela memandangkan hujan lebat (nape harini hujan lebat... whhhyyyyyyy????)


"Kenapa amik gambar saye?? Nak cari gaduh ke?"


Masa dah hujung2 tu, aku of cos la macam tiap2 kali kami jumpa, aku akan rasa sedih, rasa sayu ja tengok dia nak balik. Mr Fiancee hantar aku ke Terminal Bus Sg Nibong sebab nak ambik kereta kakak. Before he left, i gave him a gift, saja beli sebab tengok buku tu rasa macam nak bagi kat dia. Sebab tu aku beli. Dalam 5 minit he left, Mr Fiancee call me, tanya dah naik kerete ke belum, sayunya aku rasa, air mata pun dah mengalir... Walaupun kami bergaduh sekejap, jumpa dalam 5 jam je, semua tu kenangan yg sangat 18000x indah bagi aku. Heeeee :D



Monday, February 6, 2012

Walimatul urus... :)

Still in the wedding mode. Seronok gak pegi wedding sepupu2 ni. Minggu lepas pergi kenduri abg chik kat Kamunting, and yesterday pergi kenduri Wahida kat Alor Janggus. Tak sangka dah bergelar suami dan isteri org dah pun sepupu2 aku ini. Cepat kan masa berlalu? Rasa macam baru ja kita semua macam kanak2 riang, sekarang semua dah dirikan masjid. hehehe.. Not me of cos, lambat lagi masjid aku nak dibina...

First wedding, sepupu lelaki aku yang aku panggil Abg Chik or nama sebenarnya Shahrizan Bin Ibrahim. Abg Chik punya tema warna Merah. Very fiery and passionate. Pelamin sangat cantik and baju pengantin pun sangat cantik. Love it. Unfortunately, maybe dalam kalut2 tu, lupa nak assign seseorang untuk uruskan lauk pengantin and aku telah menjadi bidan terjun dalam menyiapkan lauk pengantin. Sadly, ayam golek tu nampak begitu menyedihkan walaupun rasanya sgt sedap. Jutaan maaf dipohon kepada pihak pengantin.. Hihihihihi, kene pakse maaa....

Kenduri Abg Chik habis agak awal. Aku tgk dalam 2 lebih orang dah beransur kurang and by 4pm, khemah pun dah mula dibuka. Our family ni selalu akan berkumpul selepas majlis utk bersembang2 and catch up with each other or what me and my sisters call as "togetherness". Time ni la sembang2 and gelak2, it was fun and rasa seronok gak.

Meng-over kan diri di atas pelamin org...


Abg Chik & Atifah... taktau la Ati ni pangkat adik or kakak sbb taktau umur dia..

Abg Lan n Abg Sham laju jek ambush meja pengantin..

Tukang wrap lauk pengantin.

Ni la ayam yg huduh tu... tapi sedap...sorry Abg Chik.


Second wedding, sepupu perempuan aku yang aku paggil Wahida or nama sebenarnya Nur Wahida Bt Rozali. Panggil Wahida je sebab.... sebab kami ni sebaya. Yeap... both of us is 24, but technically, she's 7 months older than me lor...saje nak bajet muda. Wahida...her eyes that day was WOWWW!!! She chose arabic style wedding gown. Memang sesuai la dengan dia sebab mata dia besar, so nampak menonjol sangat haritu. Tema Wahida warna hot pink. Khairi is the most sporting guy untuk setuju pakai pink masa hari perkahwinan nya. Hahaha. If it is my fiance, sorry la, pink memang pangkah terus, even masa kami tunang pun, aku pakai pink, dia pakai coral. Ok back to te wedding, lauk pengantin dia mmg cantik, siap ada pakar utk ukir2 tembikai lagi, udang pon cucuk2 kat lidi, thumbs up for the preparation.

Me and my sisters sibuk ambik gambar. Semua sibuk suruh aku ambik berkat, padahal bukankah aku dah bertunang?? Yang patut ambik berkat disini adalah kakak aku and abg kepada pengantin perempuan iaitu En Fawwaz.. hahaha.. ampunnnnn.... Kenduri wahida agak grand, 7 khemah tu, meja pengantin pun memang tempah la, takde la mai redah je, siap ada potong kek lagi. Kek ok la, not bad. Kenduri Wahida ni habis lambat sikit, sebab jemputan ramai kut. Tapi dalam pukul 5, org pun dah beransur dah keje2 menyimpan dah bermula.

My very gorgeous cousin, Wahida. 


With my younger sister and anak sedara, Nur Qaseh Irdina

Alahai sweet nye... Jeles!!!

Ini adik pengantin, comel2...

Mak Long tak ikut tema...

The cake...

Hantaran, simple but nice. Love it.


2 weddings in 1 week gap. Overwhelming kot. Tapi sangat penat untuk jawap soalan "Bila kenduri ilah plak?". Senyum and cakap "Lambat lagi lah" jelah. tu je yang termampu sebab aku sendiri pun taktau bila. Hahahaha... Walaupun aku tak rapat dengan family belah abah, boleh nampak la diorang ni jenis tak tikam belakang. Bukan jenis yang depan kita baik, bila jauh, pandai nak sembur2 dan kaki fitnah. Lawak betul bila ingat balik.. Dan masa kenduri ni mengeratkan lagi hubungan kami semua, baru aku faham kenapa abah nak sangat buat kenduri aku kat tempah yg dekat dengan homestay sekali, so we can practice our "TOGETHERNESS"

Apa-apa pun,

Selamat pengantin baru Abg Chik & Ati dan Wahida & Khairi, semoga berbahagia selalu.