Friday, January 27, 2012

New School....

Sesampainya aku kat Penang pada 16hb Jan yang lepas, aku terus ke PPD untuk mintak jadi GSTT the very next day. Kenapa ku rushing?? Sebab GSTT kan dibyar ikut hari bekerja, so kalau masuk pas raya cina, rugi la, lagipun masuk keje seminggu je, pastu cuti seminggu balik. Pergi PPD and the lady at the counter said "Pergi jumpa En Rafee, ada kosong". Apa lagi, menonong gi jumpa En Rafee an voila~~~ I'm a teacher at SMK Padang Polo.


SMK Padang Polo ni sekolah yang semua pelajar nya perempuan except for kelas Pendidikan Khas la. Student dia super duper baik sampai aku rasa a bit boring. Pelajar2 kat sini memang baik cuma menurut cikgu2 lain, masalah utamanya ialah malas. Sekolah baru tmpat aku mengajar ni terletak dekat je ngan sekolah lama aku, iaitu SMK (P) St George. Perjalanan tak sampai 5 minit pun. Macam haritu, aku habis seklah pukul 3.10pm, tp by the time 3.20pm, aku dah siap salin baju and dah makan nasik kat umah. Haha!!!

(1) tu rumah aku and (2) tu sekolah tempat aku mengajar. Aku guna jalan biru tu sebab aku drive and jalan kat situ jalan sehala, kalau tak jalan kaki je guna arah bertentangan. Saja manja nak drive gak!!!

Belanja makan pulak, murah sangat, aku tak pernah pulak makan lebih dari rm3 sehari. Hahaha.. Jimat sesangat. Lunch kat umah je, takpun drive ler jalan-jalan cari makan, bukannya aku tak familiar ngan tempat ni. Cikgu2 dia ramai yang bujang and mesra2 cikgu kat sini. Layanan memang nampak ketara sangatlah berbanding masa kita jadi pelatih dulu. Cikgu2 lain pandang sebelah mata je. Sekarang ni, cikgu2 lain, hormat je. Pengetua pun ramah. Siap sembang2 lagi masa nak punch out. Walaupun aku ni newbie and the youngest teacher kat situ, aku lah yg selalunya pertama sekali yg tercangak kat mesin punch tu. hahaha....

Ok, walaupun sekolah ni adalah dream school aku, satu yang aku kurang berkenan ialah, waktu persekolahan kat sini lama sangat. Isnin & Selasa balik pukul 2.30pm, Rabu pukul 3.10pm, Khamis pukul 1.50pm and Jumaat 12.30pm. Dulu masa kat sekolah lama, fix je, Ahad sampai Khamis balik 2.00pm. Aku pelik kat sekolah ni cikgu and student balik sama waktu, which we all know that, kalau balik pukul 12.30, by the time 12.40 there is no teachers left kat sekolah and sapa yang nak bertanggungjawab kat student2???. Heeee...

To all my friend yang still hunting for jobs... Good luck peeps and never give up!!!!

Wednesday, January 25, 2012

Last Day Exam

16 Jan 2012. Hari terakhir aku bergelar student. Hahaha... Exam terakhir ni, ramai yang pasrah menyerah je jawabnye, sebab ni paper yang guna common sense, so tak payah nak membaca sangat. hahaha.. 

Laju je kosongkan dewan.. semua semangat nak bercuti!!!

Habis exam pukul 11am. Beli tiket bas ke KL pukul 1.30pm. masa untuk bersiap tu mmg kejap sangat. Habis je exam kat Kolej Zaba, terus je ke kampus untuk ambik tesis and submit. 

Akhirnya...siap jugak tesis ku...


Sampai bilik terus bersiap and meet my Gegirl kat Shahira for lunch. The girls tunggu sampai aku naik bas. Tapi sebelum tu mestilah sesi air mata. Sedih la plak nak tinggal budak2 ni.. 8 sem bersama, baik buruk semua dah lalui bersama. 

Gegirl saying goodbye...

Sampai Penang je terus dinner ngan famili kat Sampan. Kuey teow kung fu kat situ sedap gak, siap serve dalam sampan lagi.. Muahahaha. Esoknya pergi ke PPD utk mencari kerja. Kerja oh kerja.... 


Makan makan..

Saturday, January 14, 2012

Dinner like u never had one





Haha... saja ja buat tajuk gitu. 5 Jan 2012 at De' Manggis Cafe. Makan Malam bagi graduating Math Student a.k.a Malam PraGraduasi.. Bertolak awal sejam dari geng2 yang lain, almaklumla penumpang aku AJK permainan and tempat kot. Since En. Fariz dah amanahkan aku utk aku drive kanak2 ni, so aku pun secara tidak langsungnya kena pergi awal. Memandangkan aku kena kuar rumah pukul 4.30, maka pukul 3 aku dah start bersiap. Haruslah buat smokey eyes. Nampak je mekap tu macam simple, tapi nak dapat simple tu sangat complicated oke!!!. Hahaha. I chose turqoise black smokey eyes to compliment my handbag and head gear. Muahahaha.....

Turqoise + Black smokey eyes,  Maroon blusher, and vaseline je for my lips.
Akak kate, bumper nampak besar.. Hehe.. Nak wat geno, cardigan semua dah wak balik umah..
First up pergi amik Ima kat Tmn U, pastu amik Erda kat Taman apa tah, then Ikin kat PC, lastly Kak Lin kat KZ. 4 tempat tau, korang ni mmg la.... Cepat berterima kasih kat ahkak~~~ Hahaha...  Pergi isi minyak RM20 and off we go. I asked Kak Lin to sit in front sebab sorry to say (ala2 biar mimpi sampai ke bintang)... Ikin not so great as a navigator.. Ampun Kin.. hehehe.. I love u.. U love me right??? Direction yg Fariz bagi kat Kak Lin pun super duper clear, so mmg tak sesat langsung. Thumbs up Fariz!!!

Sampai2 je, kami pun mula set up tempat tu, mostly kami semua kena kerah dengan Kak Lin utk tiup belon2 yang digantung kat dewan tu.. Penat tau, belon jenis tebal, rasa nak pecah pipi ja tiup, abes2 tiup semua rasa kebas pipi. Hahah!! Kenangan tu.... Then pasang2 riben... Aku ngan Kin la yg siapkan mic tu, jadi merambu ramba macam tu, siap ngan letak belon kat mic stand lagi.. heeee.. comel tak?? Cepat cakap comel!!!

Hasil tiupan kami

Behind the scene
 Dinner start pkul 8, tempat yang dipilih ni memang super duper on time. I like!! Tepat pukul 8 je terus diorang serve makan walaupun time tu geng2 second trip baru sampai and tak masuk habis lagi dalam dewan. Lauk dia plak yummy and very satisfying. Tapi yang aku amaze kan, meja kami ja yg makan sampai clear semua, siap boleh stack2 pinggan lagi, even the boys pun makan tak habis... Apakah????

The food. Nyum nyum~~~~
Lauk2 itu kami yang makan....

Big Boss and Big Ma'am
Herie jadi mc malam ni. gempak and lawak. Semua org pun gelak2 je. Nampak la semua org enjoy dinner malam tu, tapi aku tak bape enjoy sebab duk berdebar2, tak pasal2 aku, Kin n Erda kena wat persembahan. Last minit preparation, so kami pun buat "Pemberita Berkepala Tiga" games. Serius cakap, bila pergi depan tu, otak terus blank, takde idea nak buat lawak pun, tapi aku memang tak lawak mana pun. Fullstop.

Pemberita berkepala tiga
Then Tika n En Hubbynya (harus tambah "nya" sbb kang aku rasa maca hubby aku... Peace Tika!!) berkaraoke lagu Relaku Pujuk... En Hubbynye memang sporting la masa mula2 tu, siap miming lagi... Then kitorg pun sambung dengan main Kotak Beracun and Candy Takeaway. We have lots of fun that night. Memang gelak habis, lupa kejap masalah aku dengan mereka2 itu..

Tiba2 ada sesi luahan hati. Aku taktau pun yang Nadia grab the mic to say something sebab masa tu aku tgh sembang ngan Kin, tau2 je semua went into silence as Nadia broke into tears. Aku dah agak pasal aku, tapi aku tak rasa pasal aku gak.. Hahaha!!! Then Tika wakilkan Nadia and the gang.. Ermm... Terkejut pun ada, aku jenis malas nak ingat so aku suka shut off kan diri aku terus dari diorang. So bila diorang mintak maaf, ok lah, terima jelah, tak sakit pun maafkan org. Aku pun mintak maaf balik kat Zati. Salah aku, salah dia, 50-50 la.. Heeeee.. :D

Next up, sesi tukar hadiah. Dalam 35 orang yg datang tu, teka aku dapat hadiah sapa?? Ce teka ce teka.... Aku dapat hadiah dari Herie. Comel tabung tu, aku suka, so sekarang aku ada 2 tabung la sebab haritu aku baru beli tabung je... Lepas tu semua org pun sibuk berphotoshoot sebelum balik, ada yang dah habis exam and so on. 

Kami menang moto~~~
Hadiah aku dapat...Love it.
Dear Friends,

8 semester kita bersama, susah senang kita dah lalui bersama. Bergaduh, berbaik, macam adik beradik dah. Jangan kita cut connection k. Nanti org kahwin sila konvoi beramai2 k. Korang pun kalau kahwin sila la invite saye yang comel ini...


Thursday, January 12, 2012

Dah nak habis ni weyyy....

Today balik dari pekan, pergi beli lulur, beli krim pencerah, beli jelly kelapa.. muahaha... jelly kelapa?? and got a new haircut also... Saje la, ritual tiap2 hujung sem mesti potong rambut.. Apa yg sebenarnya aku nak blog about ni. Aku nak cakap pasal ni...


In a few weeks, that is what going to happen to us, me especially. Job hunting walaupun still ada satu lagi paper next week. Fuhhh... Penat gak job hunting ni walaupun melangut depan lappy jer.. Nak kerje ape? Sesuai ke? Berbaloi ke? Transport? Rumah? .. All the things she said, all the things she said, runnning thru my head, running thru my head.. ha.. dah termenyanyi lak. Hehehe...

Sekarang boleh la tak sabar2 nak keje, nanti, sampai dah taknak keje, meroyan nak study balik. rindu nak let go student life ni. Full of drama, full of sorrow, but yet, so beautiful.

I DONT NEED A MAN... BUT I NEED A JOB!!!

Tuesday, January 10, 2012

Negeri Sembilan & Melaka Trip: Final Day

Day 3, hihi, bajet macam ada je org follow entry2 aku ni kan.. Biar lah.. Asalkan aku bahagia. Last night had the biggest fight with my sis, haha.. Silly things, tapi jerit sampai nak keluar anak tekak tak hengat plak... Okay day 3, sekarang kami kat Melaka,  sepanjang vacay ni, breakfast kami mesti nasik lemak and teh tarik, tapi bungkus je, abah and ibu yg makan luar, almaklumla anak2 depa ni bangun awaaiiiiiiiii..... Checkout ja terus abah bawak kami semua ke masjid baru kat Selat Melaka ni, cantik majlis ni, tapi toilet dia tak leh pakai kasut yg aku kurang berkenan ni... 

Masjid Selat Melaka

Kami patut bawak tripod la, baru semua boleh masuk dalam gambar

Melaka ni adalah tempat yang aku rasa dah banyak kali sangat kami datang. Sampai kami dah tak excited, melainkan si kecik la, sebab last time dia datang sini, dia terlalu kecik and tak ingat apa sangat lagi. So abah pun bawak la kami ke historical place kat Melaka tu, ala, dekat A Famosa, St Paul macam tu la. Abah, Aku and adik2 saja turun dari kereta, ibu stay dalam kereta ja, sebab baru datang Melaka and sebab Melaka ni bab saman parking memang laju. Mulanya ibu nak turun, kami pergi la kat kaunter nak beli kupon tiket tu, kami nak beli untuk 2 jam, tapi dia paksa beli yg satu hari, so abah blah je dari situ and ibu decided to stay in. 

Around Melaka

 
Kan dah cakap, diorang ni suka shopping

Jalan-jalan and snap picture untuk kenangan. Aku nampak super duper gemuk pakai baju putih ni, bukan salah aku, aku taktau la napa baju ni pattern dia ketat kat tangan. Tension!!!! Kami berempat memang suka bab2 shopping ni, datang melaka punyala jauh, adik aku beli payung yang clear tu, pastu aku and Si Kecik kena beli souveneir kat akak pasal dia tak join trip ni and Si Kecik plak as usual akan beli souveneir untuk kawan2 dia... guna duit aku!!!! Aku ingat lagi masa dia pi Cameron, Si Kecik bawak rm40 untuk nak beli benda merapu dia, aku pun layan la sebab guna duit dia, once balik Penang, dia paksa aku ganti semua duit dia... Aih... aku pun gantila, kesian punya pasal.... Melaka ni panas terik, lepas shopping semua beli aiskrim yg scoop2 tu... smua org makan aiskrim 2 scoop, aku sorang ja makan sati scoop... sebab??? sebab dia ada 2 perisa ja, satu coklat (my favorite!!!) and durian (my least favorite in the whole wide world)



Orang cakap kalau dah pergi Negeri Sembilan, tak sah kalau tak pergi Nilai 3. And yes... we did go walaupun tak pergi masa day1 and day2. Sampai2 Nilai tu, semua dah lapar dik dik dik nak makan, kami browse tempat tu naik kereta dulu. Lepas dah jumpa port nak dituju, kami pergi makan dulu. Aku kurang sikit nasik ayam ni sebab takde sayur.. hehehe.. aku ni hantu sayur, suke sgt sayur. So aku mkn nasik campur je bila org lain semua makan nasik ayam. Lepas tu kami pun mula jalan2 la kat situ. Tempat ni besar ya ampun. Best pergi kalau dah dekat menjelang hari bahagia... *if you know what i mean* Tapi kami pergi bahagian textile ja, almaklumla, my wedding is way far from the corner.. hikhikhik... Beli G-shock kaler ungu kat Si Kecik, dia kalau dah nampak G-Shock, kaki macam kena gam kat kedai tu, tak beralih dah. Beli tudung, Crocs somemore, jam, baju tidur, telekung hantaran (not for me... sabaq sat cekkk)

Nilai 3
Next up, pergi Ampang untuk spend the night, umah makcik. Pergi rumah Auntie Shida. Memandangkan auntie ni busy orangnya, malam tu kami pun keluar makan. Masa tengah makan ada la plak org gila mai datang mintak rokok. Mengaku diri Dato Maharajalela plak tu. Walaupun orang tu terpekik terlolong, Si Kecik hirup tomyam dia macam takdak masalah ja... Caya sama luu!!!! 

Makcik2 dan sepupu2

Appetizer sementara tunggu nasik sampai, 2 pinggan kau....

My favorite for dinner. Nasi goreng paprik Anjung Cafe, Ampang is the best!!!!!!

That's it. Esok bertolak balik ke Penang. Memang letih and lots of laundry to do tapi enjoy sangat. Till next time.. 

Thanks for reading... xoxo

Saturday, January 7, 2012

Negeri Sembilan & Melaka Trip: Day 2

Oleh sebab abah tak berpuas hati tak dapat melawat Istana Menanti the day before, maka esoknya first thing in the morning kami pergi balik la ke Istana Menanti tu. Pukul 10am tu check out from Desa Inn. Desa Inn best , wifi laju gile. Hehehehe... Kali ni kami dah tak amik rambutan sebab rambutan yg kami ambik sikit the day before tu pun tak habis, siap kecut lagi kat dalam kereta tu.


Tunggu abah duk checkout


Hehehe... Gedik tak??



Istana Menanti


Si Kecik kesayangan sayee :D




The girls

Lepas melawat istana tu, kami pun terus ke Melaka je. Sebab ermm... Negeri Sembilan ni takde tempat apa sangat nak melawat pun la. Sampai Melaka, semua org macam penat sebab hari sebelumnya banyak berjalan and penat sebab angkut barang adik aku kot. So sampai Melaka je kami terus cari apartment. So as usual bila pergi Melaka, memang kami akan menginap kat Casa Lago Apartment. Kali ni bilik dia tak best, cuma dua bilik, master bedroom sgt besar, tapi bilik utk kami kecik gila, cuma ada 2 single bed, tu pun single bed tu dia rapatkan sebab tak cukup space nak letak jauh. Masuk2 bilik terus kena tidur sebab takde ruang nak berjalan, almari baju ada tapi tak boleh nak bukak sebab ruang tak cukup. Sempit gila kan??? Tapi hall n dapur dia mmg tip top. Siap bagi water heater n ada peti ais. Shower heater pun ada, kira ok la. So last2, abah tambah dua tilam, so aku n si kecik tido kat hall je.


Abah nekad nak jugak cari kedai Asam Pedas


Tgk muka adik!! Muahahaha


Casa Lago interior


First day kat Melaka ni kami tak jalan pun, just lepak2 di apartment and keluar for dinner. Bila ada kat Melaka kita haruslah makan asam pedas. Naik perit perut aku siang malam makan asam pedas. Sampaikan Si Kecik aku pun tanya macm ni,
"Kak Ilah, asam pedas tu yang mana satu?"
"Yang ni, kenapa? Yang makan ke?"
"Yang nak makan la dah abah kat kena makan asam pedas datang Melaka"
"Hahahaha"


Si Kecik makan nasik + asam pedas





Went on vacation akan menyebabkan aku bertambah2 gemuk sebab pagi, tengahari and malam asyik makan nasik. Uwaaaaa......

Anak2 Pak Ya


Friday, January 6, 2012

Negeri Sembilan & Melaka Trip: Day 1

28 Disember 2011, me and my family pergi cuti2 Mesia... hihihi... Tahun ni rasanya 2 kali pergi vacay, masa bulan 6 skali, bulan ni skali, ok la tu, cover sebab the yeear before langsung tak pergi mana. Aku mestila happy pergi vacay. Sebab ape?? Sebab manala tahu ni la last vacation aku ngan family, pas ni pegi honeymoon lak.. kuikuikui.....

Sebelum kitorang menuju ke Negeri Sembilan, kitorang terpaksa la singgah kat KL untuk hantar barang2 adik aku yang maha banyak ke kolej dia. Kete dah macam sardin dah ha... Lepas hantar barang dia, apa lagi.. straight away to Seremban!!!!

Buildings around Seremban

First place yang kami visit bila sampai Seremban ni of coz la Muzium Seni Budaya. Kebetulan masa kami pergi tu ada pameran Tortura: Seksa & Maut yang sungguh menyeksakan jiwa dan raga seorang yang lembut hati seperti aku. Tempat tu gives me such negatives aura. Aku memang rasa nak termuntah sebab the pameran is way too gory for me. Banyak alatan2 penyiksaan yang dia display kat situ, seram weh, rasa macam masuk dalam citer Saw plak. Aku tgk kejap je, tak tahan, terus keluar. Tiket masuk pameran tu RM6 untuk dewasa n RM3 untuk kanak2. So supposed kami bayar RM33 (5 dewasa + 1 kanak2), tapi the ticket guy was kind enough to let us take the family package + 1 kid. So kami kena bayar RM16 je. Baik2 org nogori ni kan...

Kenapa la aku visit pameran macam ni???

Sebelum masuk, seram, tapi nak gak amik gambar gak

Creepy and memualkan

Downstairs, aku amaze tgk adik2 aku amaze tgk batu!!! Ada pehe??

 
Bila dah sampai Negeri Sembilan, tak sah la kalau tak pergi Istana Menanti, Istana tu tutup pukul 6.00pm, kami sampai tempat tu dah 5.45pm. The curator bagi kami masuk, tapi masa kami baru lepas siket je dari kaunter tu, baru kat tgkat satu, padahal ada tiga tingkat semua, curator tu dah tutup2 tingkap segala, subtle way to halau ler tu~~~ hahahahaha... Kitorang pun keluar la, takkan nak tunggu kena halau baru keluar kan. So daddy decided that kami pergi cari hotel dulu and come again the next day. Masa tengah duk ambik2 gambar kat luar tu, the curator apprach us and bagitau suruh makan rambutan yang ada kat sekeliling istana tu, apa lagi, sesi memetik rambutan la. Gila banyak kerengga, Si Kecik sampai dah menggedik2 dah ha...

Istana Menanti

Istana Menanti, ni pentas ape tah kat laman istana tu

Sesi kutip rambutan, ye2 je amik, aku bukan minat sangat pun rambutan

Checked in at Desa Inn to spent the night, Desa Inn located at Kuala Pilah. Sorry to say la kan, tapi Kuala Pilah ni memang betul2 pekan koboi bila malam2, mati terus. Sunyi and gloomy. Bilik kami ok la, selesa. For me and my sisters, abah ambik bilik yg ada 1 queen bed and satu single bed, than tambah 1 tilam sebab kami tido berempat. Bilik dia luuas la walaupun 4 org duduk, ada Astro, shower heater, water heater, 3in1 drinks, tak silap aku bilik kami RM58++ je. Murah la tu kan...

Desa Inn, Kuala Pilah


Lepas dah settle down semua, keluar dinner. Aku harusla order makanan kegemaran aku Nasi Goreng Paprik and Teh O Ais. Tak sedap sangat la nasik tu, sebab nasik tu sejuk gila, mcam dah masak 2 3 jam sebelum kami order.. Or maybe sebab aku sakit gigi kot, tu pasal tak nikmt sangat nak makan.

My favourite, tapi kurang kick la... =(

Okay, long day ahead for tomorrow. =)

Jumpe lagi...