Sunday, March 18, 2012

Hati kental

Tunang aku ni hati kental walaupun aku duk moody dengan dia, dia kata, lagi dia layan, lagi menjadi2, so dia counter attack aku.. Tension~~~~


Apa yang korang rasa saat ini?

 
Lately has been a very stressfull week for me. Macam-macam jadi. Well, mata dah cukup bengkak dah. Tiap2 malam tido ngan mata bengkak. Dah kering dah air mata ni. Terima kasih la untuk orang2 yang buat aku menangis, lagi korang buat aku menangis, lagi aku sedar yang korang ni takda makna pun dalam hidup aku.

This week, ulang-alik pergi hospital teman akak pergi check up. Lepas dozens of check up, tests, ambik darah and all, akak pun kena admit ward. Doc cakap kakak mengidap SLE ( Systemic Lupus Erythematosus). SLE, is basically a disease that antibody pesakit tu menyerang cell2 badan pesakit itu sendiri. Instead of attacking virus, antibody tu attack baadan dia sendiri. This kind of disease, memang tak diketahui punca kenapa dia jadi, and this kind of disease takkan hilang. Once kita kena SLE, kita memang takkan recover since there is no drugs to cure it, apa yang boleh kita buat, cuma makan ubat untuk kawal disease tu. Tuhan je tau betapa sedihnya hati aku. Biar aku yang sakit pun takpa asalkan orang lain sihat. So this week, every evening pegi lepak kat wad dari pukul 6 sampai 8, teman akak. Tapi alhamdulillah, kakak masih di peringkat awal, so kidney dia tak effect lagi, cuma effect joint je. Across dari katil kakak, the girl hidap SLE for 5 year, seriously, aku takut. Aku sayang kakak, aku akan jaga dia selagi aku mampu.

Next week, aku kena pi interview kat Kampar for Assistant Lecturer post, aku memang nekad nak tukar keje sebab aku takleh la keje sekolah dah, keje jadi guru ganti memang best, tapi kerani tu macam bangang, buat keje last minit, sampai keharini aku tak dapat gaji lagi. Harini 18 Mac 2012, gaji untuk January & February pun tak dapat lagi. Serius bengang! Macam2 plan aku nak buat semua takleh nak jalan. Aku pun tak entirely bersedia sangat nak pi interview ni, taktau la apa dia nak tanya, prepare a little bit and tengoklah macamana, ada rezeki, adalah...

Few days back ibu sembang2 ngan aku, my parents do not agree untuk nikah dulu and kenduri kemudian. Ermm, aku pun dah give up la pasal kahwin ni, apa nak jadi, jadilah. Tuhan cakap aku kahwin, aku kahwinla, dengan tunang aku yang busy memanjang, semalam seharian aku tunggu dia, apa yang aku dapat? cuma kena marah. Bila kena marah, aku tak nangis pun, sebab air mata aku betul dah kering ni, tapi tuhan ja yang tau betapa terlukanya hati aku. Kenapa dia boleh lepak ngan kawan sepanjang hari tapi dia tak boleh sejam dua msg dengan aku pun. Takpelah, nak cari duit kan.. Carilah selagi mampu ye..

Aku pun nak bina hidup aku, malas dah aku nak buat keputusan melibatkan dia nanti macam " nak keja perak, tapi nanti kahwin susah lak, nak apply ke tak ni?". Akhirnya aku decide, bina hidup aku dulu, kalau dia takda aku pun, dia ada kawan2 dia dah. Kan kawan2 dia penting. Dia cakap dia takda masa untuk pikir aku ja, masalahnya ada ke pikir pasal aku? Aku tunggu dia spnjg hari macam tunggul, ada ka dia kisah?. bila kerja, sibuk dengan kerja, bila cuti sibuk dengan kawan. 

Hahahaha... Semalam baca artikel pasal kemurungan, aku tengok simptom2 dia macam ada, tapi aku rasa aku depressed bila adik beradik aku takda, adik2 semua dah balik KL, kakak kat wad, tinggal Sarah je. Aku rindu adik2 aku, aku rindu kakak aku. Diorang la kebahagiaan aku. Hehehe... I want u girls semua balik rumah...

Sunday, March 11, 2012

Sehari bersama MSH- Part II

Haritu spent whole day dengan dia kat KL, now it's time for him to came over to Penang. Memandangkan Mr Fiancee ni kerja sendiri, so cuti dia pun sesuka hati yang dia suka. He came over to Penang masa school day. Hari Jumaat bersamaan dengan 2 Mac 2012. Last kami jumpa masa bulan January, tak silap aku 5 Januari haritu, so aku jadi agak "meqoyan" bila dia cakap yang adik dia nak ikut, hmmmm. Maybe i overeacted, tapi entah la, maybe sebab lama tak jumpa kot, and privacy for me is very crucial..

Okay, memandangkan Jumaat aku still bekerja and Mr Fiancee pun kena pi sembahyang Jumaat dulu, maka kami pun keluar lepas Sembahyang Jumaat la. Mr Fiancee sampai Penang pun dah dekat pukul 4. First up kami ke Penang Hill, aku pun taktau nak bawak dia ke mana sebab aku ni nama ja warga Penang, tapi setakat Queensbay, Gurney, Prangin and segala mall2 yang lain aku khatam la, tempat peranginan ni memang fail la sebab tak pernah dating kat Penang. In fact, ini adalah first time kami dating kat Penang walaupun dah hampir 4 tahun kami kenal, 3 tahun lebih bercinta and 6 bulan bertunang. Sebab apa??? Sebab kami keluar kat KL je, senang kat KL.

Naik train untuk ke atas Penang Hill, Mr Fiancee jalan laju sebab nak dapatkan seat, aku plak stuck belakang sorang Ah Po ni, so last2 dua2 orang kena berdiri ja. Tapi sekejap je perjalanan untuk naik ke puncak tu, dalam 5 minit plus2 je, memang curam sangat bukit tu, seriau rasa, tapi sebab Mr Fiacee ada depan mata, everything seems cool. Hehehehe... 

Tiket RM 8.00 utk pergi balik.. =)

Muka riang ja dua2 org masa naik train.
Permandangan kat atas memang phenomenal, and cantik sangat. Penang Hill tu sejuk la jugak, ala2 Cameron pun ada, taktau la sejuk sebab nak hujan atau memang sejuk. Kami duk situ dalam 30 minit je kut, terus hujan lebat and menyebabkan kami kena turun. Sempat la snap gambar 2 3 keping. Masa tengah tunggu train, I did something bad, aku terbaca mesej dia dengan seseorang and I flipped out. Mesej yang bercerita tentang aku. Hmmmm... So aku terus hilang mood. He kept asking why, I kept keeping quiet. Masuk2 dalam kereta, aku pun cakap la apa yg aku baca, pastu dua2 orang mula bertekak. Aku menjerit, dia pun dah nak menjerit, pikir2 balik lawak pun ada. Pastu dua2 diamkan diri, 5 minit je, pastu terus macam biasa balik, terus pi Line Clear untuk makan.


Kenangan.. (*_*)

Masa kat Line Clear, mintak maaf apa yang patut, Mr Fiancee makan laju gile, pastu sibuk duk snap gambar. Walaupun aku org Penang, ini adalah first time aku menjejakkan kaki ke Nasi Kandar Line Clear. Ok lah, kari dia sedap, tapi ayam goreng dia keras sikit, sedap lagi ayam goreng kat Nasi Kandar Rafee.. bagi aku of cos.... Lepas kami makan, kami pun tak buat apa2 la, just jalan2 dalam kereta jela memandangkan hujan lebat (nape harini hujan lebat... whhhyyyyyyy????)


"Kenapa amik gambar saye?? Nak cari gaduh ke?"


Masa dah hujung2 tu, aku of cos la macam tiap2 kali kami jumpa, aku akan rasa sedih, rasa sayu ja tengok dia nak balik. Mr Fiancee hantar aku ke Terminal Bus Sg Nibong sebab nak ambik kereta kakak. Before he left, i gave him a gift, saja beli sebab tengok buku tu rasa macam nak bagi kat dia. Sebab tu aku beli. Dalam 5 minit he left, Mr Fiancee call me, tanya dah naik kerete ke belum, sayunya aku rasa, air mata pun dah mengalir... Walaupun kami bergaduh sekejap, jumpa dalam 5 jam je, semua tu kenangan yg sangat 18000x indah bagi aku. Heeeee :D