Thursday, May 12, 2011

Setelah seminggu berpraktikum.. Esok cuti.. Yeay!!!

Camwhoring anytime, anywhere..xde hal la..- First Day-

Aku start berpraktikum, 8 May 2011. Yeap, a day early sebab kami kan amik sekolah kat Kedah. So kami start hari isnin. Call sekolah before that, and sekolah kata datang 8hb pon boleh 9hb pon boleh, yela, sebab surat pengenalan diri cakap start 9 hb, so, it's up to us. =)

First day ke sekolah dah tunjuk otai. Haha!! Sebab apa? Semua pelatih lapor diri pukul 7.30am. Cuma aku n erda ja yang datang lapor diri pukul 9.30.. Huhuhu...Tapi kami tak rasa bersalah, sebab kami memang tak salah. Pergi jumpa PK, masuk je pejabat, semua cakap, "Owh....ni la yang lagi 2 org tu" Tapi PK2 kat cni memang gempak, sporting giler. Depa bahasakan diri depa "kak" je, tapi yg lelaki still bahasakan diri "saya". Sebab kami ni intern, so kami semua ditempatkan kat Pusat Sumber..yea..way to go..erm..

Masuk Pusat Sumber, jumpa la geng2 semua. Ada 10 org intern kat sini, tapi 3 org dah pergi sesi petang. Tinggallah kami bertujuh: Me, Erda, Aliff, Megat, Mira, Kak Asni n seorang lagi yang I totally forgot her name. huhuhu. As intern, of cause semua cikgu ambil kesempatan kat kami. Relief class non stop. Tapi xpela, at least, boleh kenal2 student, tgk environment kat sini.

First day masuk class form 3.. one thing i notice, budak lelaki memang suka mengusik, asyik mintak no telifon, mintak FB, firswt time masuk kelas, terkejut la jugak, sebab first time masuk kelas ada lelaki. Yelah, aku sekolah semua perempuan dari darjah satu sampai form 5. Yang pelajar lelaki, tengok org macam mata tu boleh scan, memang tengok atas bawah, punyala kena tahan ja, buat muka macam tak berperasaan. Yang perempuan, mostly ok, tapi semalam, masuk kelas form 4 kelas akhir, mak aiii, tengah exam tu, tapi huu haaa macam "tuuuutt". Semalam ada la gak kena maki dengan budak2 ni. Dengar je la, dah lali kot, PK kami pon memang dah tau, so kami intern ni semua dapat kelas depan2. Selamatla tu kelas relief ja. Bayangkan lah, cikgu yang dah senior pon menitis air mata masuk kelas tu, apatah lagi kami yang baru ni. Masa jaga kelas last tu, Cikgu disiplin masuk, 2 org student kena bantai cukup2, selamber je sorang budak cakap "Cikgu pon nampak takut je ngan cikgu disiplin". Of coz la, tengok orang bersilat pon dah rasa cukup ganas.. Haha!!

3rd day kami kat sana, ada majlis persaraan Mr Loon aka PK HEM. Kami semua kena koir. Bosan la koir lagu yang tak best ni. Tak bersemangat. Kalau koir lagu artis2 ka baru best sikit. Hari guru ni pun kena koir lagi. Sempena hari guru nanti, kami intern kena buat mug or actually Megat n Aliff yang buat. Kami selalu teman depa 2 org ja. Kesian gak kat depa, sebab depa yang berseni n depa yang lelaki, so memang banyak la kerja depa. Lukis mug, Buat backdrop and design mural. Huhuhu.. Nemind ye boys, kitorang akan tolong sedaya mungkin.

Esok kami cuti..hehehe..tapi the boys suruh pergi sekolah esok tolong diorang buat mug. Rasa nak keluar la minggu ni. Kami dekat dengan Village Mall..Hehehe..Boleh bowling n wayang..

No comments:

Post a Comment