Sunday, March 11, 2012

Sehari bersama MSH- Part II

Haritu spent whole day dengan dia kat KL, now it's time for him to came over to Penang. Memandangkan Mr Fiancee ni kerja sendiri, so cuti dia pun sesuka hati yang dia suka. He came over to Penang masa school day. Hari Jumaat bersamaan dengan 2 Mac 2012. Last kami jumpa masa bulan January, tak silap aku 5 Januari haritu, so aku jadi agak "meqoyan" bila dia cakap yang adik dia nak ikut, hmmmm. Maybe i overeacted, tapi entah la, maybe sebab lama tak jumpa kot, and privacy for me is very crucial..

Okay, memandangkan Jumaat aku still bekerja and Mr Fiancee pun kena pi sembahyang Jumaat dulu, maka kami pun keluar lepas Sembahyang Jumaat la. Mr Fiancee sampai Penang pun dah dekat pukul 4. First up kami ke Penang Hill, aku pun taktau nak bawak dia ke mana sebab aku ni nama ja warga Penang, tapi setakat Queensbay, Gurney, Prangin and segala mall2 yang lain aku khatam la, tempat peranginan ni memang fail la sebab tak pernah dating kat Penang. In fact, ini adalah first time kami dating kat Penang walaupun dah hampir 4 tahun kami kenal, 3 tahun lebih bercinta and 6 bulan bertunang. Sebab apa??? Sebab kami keluar kat KL je, senang kat KL.

Naik train untuk ke atas Penang Hill, Mr Fiancee jalan laju sebab nak dapatkan seat, aku plak stuck belakang sorang Ah Po ni, so last2 dua2 orang kena berdiri ja. Tapi sekejap je perjalanan untuk naik ke puncak tu, dalam 5 minit plus2 je, memang curam sangat bukit tu, seriau rasa, tapi sebab Mr Fiacee ada depan mata, everything seems cool. Hehehehe... 

Tiket RM 8.00 utk pergi balik.. =)

Muka riang ja dua2 org masa naik train.
Permandangan kat atas memang phenomenal, and cantik sangat. Penang Hill tu sejuk la jugak, ala2 Cameron pun ada, taktau la sejuk sebab nak hujan atau memang sejuk. Kami duk situ dalam 30 minit je kut, terus hujan lebat and menyebabkan kami kena turun. Sempat la snap gambar 2 3 keping. Masa tengah tunggu train, I did something bad, aku terbaca mesej dia dengan seseorang and I flipped out. Mesej yang bercerita tentang aku. Hmmmm... So aku terus hilang mood. He kept asking why, I kept keeping quiet. Masuk2 dalam kereta, aku pun cakap la apa yg aku baca, pastu dua2 orang mula bertekak. Aku menjerit, dia pun dah nak menjerit, pikir2 balik lawak pun ada. Pastu dua2 diamkan diri, 5 minit je, pastu terus macam biasa balik, terus pi Line Clear untuk makan.


Kenangan.. (*_*)

Masa kat Line Clear, mintak maaf apa yang patut, Mr Fiancee makan laju gile, pastu sibuk duk snap gambar. Walaupun aku org Penang, ini adalah first time aku menjejakkan kaki ke Nasi Kandar Line Clear. Ok lah, kari dia sedap, tapi ayam goreng dia keras sikit, sedap lagi ayam goreng kat Nasi Kandar Rafee.. bagi aku of cos.... Lepas kami makan, kami pun tak buat apa2 la, just jalan2 dalam kereta jela memandangkan hujan lebat (nape harini hujan lebat... whhhyyyyyyy????)


"Kenapa amik gambar saye?? Nak cari gaduh ke?"


Masa dah hujung2 tu, aku of cos la macam tiap2 kali kami jumpa, aku akan rasa sedih, rasa sayu ja tengok dia nak balik. Mr Fiancee hantar aku ke Terminal Bus Sg Nibong sebab nak ambik kereta kakak. Before he left, i gave him a gift, saja beli sebab tengok buku tu rasa macam nak bagi kat dia. Sebab tu aku beli. Dalam 5 minit he left, Mr Fiancee call me, tanya dah naik kerete ke belum, sayunya aku rasa, air mata pun dah mengalir... Walaupun kami bergaduh sekejap, jumpa dalam 5 jam je, semua tu kenangan yg sangat 18000x indah bagi aku. Heeeee :D



No comments:

Post a Comment