Tuesday, January 10, 2012

Negeri Sembilan & Melaka Trip: Final Day

Day 3, hihi, bajet macam ada je org follow entry2 aku ni kan.. Biar lah.. Asalkan aku bahagia. Last night had the biggest fight with my sis, haha.. Silly things, tapi jerit sampai nak keluar anak tekak tak hengat plak... Okay day 3, sekarang kami kat Melaka,  sepanjang vacay ni, breakfast kami mesti nasik lemak and teh tarik, tapi bungkus je, abah and ibu yg makan luar, almaklumla anak2 depa ni bangun awaaiiiiiiiii..... Checkout ja terus abah bawak kami semua ke masjid baru kat Selat Melaka ni, cantik majlis ni, tapi toilet dia tak leh pakai kasut yg aku kurang berkenan ni... 

Masjid Selat Melaka

Kami patut bawak tripod la, baru semua boleh masuk dalam gambar

Melaka ni adalah tempat yang aku rasa dah banyak kali sangat kami datang. Sampai kami dah tak excited, melainkan si kecik la, sebab last time dia datang sini, dia terlalu kecik and tak ingat apa sangat lagi. So abah pun bawak la kami ke historical place kat Melaka tu, ala, dekat A Famosa, St Paul macam tu la. Abah, Aku and adik2 saja turun dari kereta, ibu stay dalam kereta ja, sebab baru datang Melaka and sebab Melaka ni bab saman parking memang laju. Mulanya ibu nak turun, kami pergi la kat kaunter nak beli kupon tiket tu, kami nak beli untuk 2 jam, tapi dia paksa beli yg satu hari, so abah blah je dari situ and ibu decided to stay in. 

Around Melaka

 
Kan dah cakap, diorang ni suka shopping

Jalan-jalan and snap picture untuk kenangan. Aku nampak super duper gemuk pakai baju putih ni, bukan salah aku, aku taktau la napa baju ni pattern dia ketat kat tangan. Tension!!!! Kami berempat memang suka bab2 shopping ni, datang melaka punyala jauh, adik aku beli payung yang clear tu, pastu aku and Si Kecik kena beli souveneir kat akak pasal dia tak join trip ni and Si Kecik plak as usual akan beli souveneir untuk kawan2 dia... guna duit aku!!!! Aku ingat lagi masa dia pi Cameron, Si Kecik bawak rm40 untuk nak beli benda merapu dia, aku pun layan la sebab guna duit dia, once balik Penang, dia paksa aku ganti semua duit dia... Aih... aku pun gantila, kesian punya pasal.... Melaka ni panas terik, lepas shopping semua beli aiskrim yg scoop2 tu... smua org makan aiskrim 2 scoop, aku sorang ja makan sati scoop... sebab??? sebab dia ada 2 perisa ja, satu coklat (my favorite!!!) and durian (my least favorite in the whole wide world)



Orang cakap kalau dah pergi Negeri Sembilan, tak sah kalau tak pergi Nilai 3. And yes... we did go walaupun tak pergi masa day1 and day2. Sampai2 Nilai tu, semua dah lapar dik dik dik nak makan, kami browse tempat tu naik kereta dulu. Lepas dah jumpa port nak dituju, kami pergi makan dulu. Aku kurang sikit nasik ayam ni sebab takde sayur.. hehehe.. aku ni hantu sayur, suke sgt sayur. So aku mkn nasik campur je bila org lain semua makan nasik ayam. Lepas tu kami pun mula jalan2 la kat situ. Tempat ni besar ya ampun. Best pergi kalau dah dekat menjelang hari bahagia... *if you know what i mean* Tapi kami pergi bahagian textile ja, almaklumla, my wedding is way far from the corner.. hikhikhik... Beli G-shock kaler ungu kat Si Kecik, dia kalau dah nampak G-Shock, kaki macam kena gam kat kedai tu, tak beralih dah. Beli tudung, Crocs somemore, jam, baju tidur, telekung hantaran (not for me... sabaq sat cekkk)

Nilai 3
Next up, pergi Ampang untuk spend the night, umah makcik. Pergi rumah Auntie Shida. Memandangkan auntie ni busy orangnya, malam tu kami pun keluar makan. Masa tengah makan ada la plak org gila mai datang mintak rokok. Mengaku diri Dato Maharajalela plak tu. Walaupun orang tu terpekik terlolong, Si Kecik hirup tomyam dia macam takdak masalah ja... Caya sama luu!!!! 

Makcik2 dan sepupu2

Appetizer sementara tunggu nasik sampai, 2 pinggan kau....

My favorite for dinner. Nasi goreng paprik Anjung Cafe, Ampang is the best!!!!!!

That's it. Esok bertolak balik ke Penang. Memang letih and lots of laundry to do tapi enjoy sangat. Till next time.. 

Thanks for reading... xoxo

Saturday, January 7, 2012

Negeri Sembilan & Melaka Trip: Day 2

Oleh sebab abah tak berpuas hati tak dapat melawat Istana Menanti the day before, maka esoknya first thing in the morning kami pergi balik la ke Istana Menanti tu. Pukul 10am tu check out from Desa Inn. Desa Inn best , wifi laju gile. Hehehehe... Kali ni kami dah tak amik rambutan sebab rambutan yg kami ambik sikit the day before tu pun tak habis, siap kecut lagi kat dalam kereta tu.


Tunggu abah duk checkout


Hehehe... Gedik tak??



Istana Menanti


Si Kecik kesayangan sayee :D




The girls

Lepas melawat istana tu, kami pun terus ke Melaka je. Sebab ermm... Negeri Sembilan ni takde tempat apa sangat nak melawat pun la. Sampai Melaka, semua org macam penat sebab hari sebelumnya banyak berjalan and penat sebab angkut barang adik aku kot. So sampai Melaka je kami terus cari apartment. So as usual bila pergi Melaka, memang kami akan menginap kat Casa Lago Apartment. Kali ni bilik dia tak best, cuma dua bilik, master bedroom sgt besar, tapi bilik utk kami kecik gila, cuma ada 2 single bed, tu pun single bed tu dia rapatkan sebab tak cukup space nak letak jauh. Masuk2 bilik terus kena tidur sebab takde ruang nak berjalan, almari baju ada tapi tak boleh nak bukak sebab ruang tak cukup. Sempit gila kan??? Tapi hall n dapur dia mmg tip top. Siap bagi water heater n ada peti ais. Shower heater pun ada, kira ok la. So last2, abah tambah dua tilam, so aku n si kecik tido kat hall je.


Abah nekad nak jugak cari kedai Asam Pedas


Tgk muka adik!! Muahahaha


Casa Lago interior


First day kat Melaka ni kami tak jalan pun, just lepak2 di apartment and keluar for dinner. Bila ada kat Melaka kita haruslah makan asam pedas. Naik perit perut aku siang malam makan asam pedas. Sampaikan Si Kecik aku pun tanya macm ni,
"Kak Ilah, asam pedas tu yang mana satu?"
"Yang ni, kenapa? Yang makan ke?"
"Yang nak makan la dah abah kat kena makan asam pedas datang Melaka"
"Hahahaha"


Si Kecik makan nasik + asam pedas





Went on vacation akan menyebabkan aku bertambah2 gemuk sebab pagi, tengahari and malam asyik makan nasik. Uwaaaaa......

Anak2 Pak Ya


Friday, January 6, 2012

Negeri Sembilan & Melaka Trip: Day 1

28 Disember 2011, me and my family pergi cuti2 Mesia... hihihi... Tahun ni rasanya 2 kali pergi vacay, masa bulan 6 skali, bulan ni skali, ok la tu, cover sebab the yeear before langsung tak pergi mana. Aku mestila happy pergi vacay. Sebab ape?? Sebab manala tahu ni la last vacation aku ngan family, pas ni pegi honeymoon lak.. kuikuikui.....

Sebelum kitorang menuju ke Negeri Sembilan, kitorang terpaksa la singgah kat KL untuk hantar barang2 adik aku yang maha banyak ke kolej dia. Kete dah macam sardin dah ha... Lepas hantar barang dia, apa lagi.. straight away to Seremban!!!!

Buildings around Seremban

First place yang kami visit bila sampai Seremban ni of coz la Muzium Seni Budaya. Kebetulan masa kami pergi tu ada pameran Tortura: Seksa & Maut yang sungguh menyeksakan jiwa dan raga seorang yang lembut hati seperti aku. Tempat tu gives me such negatives aura. Aku memang rasa nak termuntah sebab the pameran is way too gory for me. Banyak alatan2 penyiksaan yang dia display kat situ, seram weh, rasa macam masuk dalam citer Saw plak. Aku tgk kejap je, tak tahan, terus keluar. Tiket masuk pameran tu RM6 untuk dewasa n RM3 untuk kanak2. So supposed kami bayar RM33 (5 dewasa + 1 kanak2), tapi the ticket guy was kind enough to let us take the family package + 1 kid. So kami kena bayar RM16 je. Baik2 org nogori ni kan...

Kenapa la aku visit pameran macam ni???

Sebelum masuk, seram, tapi nak gak amik gambar gak

Creepy and memualkan

Downstairs, aku amaze tgk adik2 aku amaze tgk batu!!! Ada pehe??

 
Bila dah sampai Negeri Sembilan, tak sah la kalau tak pergi Istana Menanti, Istana tu tutup pukul 6.00pm, kami sampai tempat tu dah 5.45pm. The curator bagi kami masuk, tapi masa kami baru lepas siket je dari kaunter tu, baru kat tgkat satu, padahal ada tiga tingkat semua, curator tu dah tutup2 tingkap segala, subtle way to halau ler tu~~~ hahahahaha... Kitorang pun keluar la, takkan nak tunggu kena halau baru keluar kan. So daddy decided that kami pergi cari hotel dulu and come again the next day. Masa tengah duk ambik2 gambar kat luar tu, the curator apprach us and bagitau suruh makan rambutan yang ada kat sekeliling istana tu, apa lagi, sesi memetik rambutan la. Gila banyak kerengga, Si Kecik sampai dah menggedik2 dah ha...

Istana Menanti

Istana Menanti, ni pentas ape tah kat laman istana tu

Sesi kutip rambutan, ye2 je amik, aku bukan minat sangat pun rambutan

Checked in at Desa Inn to spent the night, Desa Inn located at Kuala Pilah. Sorry to say la kan, tapi Kuala Pilah ni memang betul2 pekan koboi bila malam2, mati terus. Sunyi and gloomy. Bilik kami ok la, selesa. For me and my sisters, abah ambik bilik yg ada 1 queen bed and satu single bed, than tambah 1 tilam sebab kami tido berempat. Bilik dia luuas la walaupun 4 org duduk, ada Astro, shower heater, water heater, 3in1 drinks, tak silap aku bilik kami RM58++ je. Murah la tu kan...

Desa Inn, Kuala Pilah


Lepas dah settle down semua, keluar dinner. Aku harusla order makanan kegemaran aku Nasi Goreng Paprik and Teh O Ais. Tak sedap sangat la nasik tu, sebab nasik tu sejuk gila, mcam dah masak 2 3 jam sebelum kami order.. Or maybe sebab aku sakit gigi kot, tu pasal tak nikmt sangat nak makan.

My favourite, tapi kurang kick la... =(

Okay, long day ahead for tomorrow. =)

Jumpe lagi...

Wednesday, January 4, 2012

Siblings Day Out

Kami tak boleh duk rumah, rasa panas.. muahahaha.. Takdela, kami2 ni memang jenis tak reti nak duk rumah, kalau duk rumah semua jadi macam nak mati je, slow mcm siput je... Before kami boleh keluar merewang, abah bagi duit untuk settlekan persiapan Si Kecik untuk ke sekolah, kenala jadi kuli batak si kecik ni sebab ingat senang ke nak cari kasut sekolah yang dia berkenan. Like sister, like sister.. haha!!



Macam dah takde tempat lain nak berposing.. =)

Next up pergi Pesta Penang, teruja nak pergi sebab tgk jam teruk area tu, so mesti mcm gempak je kat dalam kan. Setelah pusing cari parking sebanyak 3 round, kami pun parking la depn rumah satu amoi ni, siap kena caj rm4 lagi. Cisss!!!

Muke riang dapat beli Crocs



Apa la yang adik tak puas hati ni..

Si kecik ni riang sebab dapat tarah duit kakak-kakak dia

Makan time!!!


Teruja tengok org main TopGun. Dah pernah naik, sakit bahu!!!

Si kecik dah penat tunggu kakak-kakak dia bershopping



Tudung pun dah senget benget 0_o

Mana lagi nak pergi ni eh????
Penat tapi seronok.. Duit pun laju je mengalir, dapatla 3 helai tudung n sepasang kasut. Teringat plak kat sata yang dia jual tu.. Nyum nyum~~~

Balik rumah before exam...

Selalunya bila nak dekat exam, lagila semua student giat nak tinggal kat kolej sebab kununnya nak "study".. padahal sebenarnya nak duk kolej sebab bosan kat rumah takde tenet kan kan kan??? Hehehehe... Lawak je la, aku sorang je yang fikir gitu. Tiket aku bertarikh 23 Disember, pulun beli 2 tiket utk adik sekali, last2 dia balik dulu n burn ja tiket n duit aku. Grrr... Memandangkan ni last day kuliah utk sem ni, aku pun gigihla pergi kelas, siap balik rumah pakai jubah yg ke kelas lagi.. Kelas tak???

Bas Metro ni la yg menjadi penghubung aku ngan KKB selama 8 sem ni...

Gigih bawak beg tarik naik bas lompat-lompat

Reaksi bengkek dari penumpang lain bila aku conquer dua seat.. muahahahaha

Saja nak buat artistik.. Jadi tak??

Duk seat depan tak hengat... selamat tak rembat seat driver.
 Sampai je KKB, tentulah tumpang Mr Cousin untuk balik Batu Caves. Spent the night at his house and naik bas pada keesokan harinya kay Hentian Duta. Tiba-tiba rasa excited nak balik Penang. Muahahaha....

Tak tahu kenapa, aku tgk ayah budak ni and anak dia sangat loving... T_T
Apa pandangan korang bila fikirkan Penang??? Of coz makanan, sebab Penang ni kan syurga makanan. Tempat yang banyak makanan sedap and murah and dekat ngan rumah of coz la Padang Broom @ Padang Brown. Kenapa dua nama??? Padang Brown tu nama asal, tapi most Penangites panggil Padang Broom je. Makan, makan, and makan!!!!!

Roti and sup ayam, first time makan sup ayam.. Conclusion : Kurang kick!!!!

Akak baru dapat gaji, so makan besar la. TQ Syu.. <3

Sisters

Burrppp... Kenyang.. Say what??? Say "Alhamdullillah"

Kenyang perut suka hati
Ni baru first night sampai Penang, sampai2, tak balik rumah terus, haruslah pergi merewang dahulu.. Weeeeee!!!!!!! Aiihhhh... Mesti rindu bila dah tak jadi warga Penang nanti...