Friday, January 6, 2012

Negeri Sembilan & Melaka Trip: Day 1

28 Disember 2011, me and my family pergi cuti2 Mesia... hihihi... Tahun ni rasanya 2 kali pergi vacay, masa bulan 6 skali, bulan ni skali, ok la tu, cover sebab the yeear before langsung tak pergi mana. Aku mestila happy pergi vacay. Sebab ape?? Sebab manala tahu ni la last vacation aku ngan family, pas ni pegi honeymoon lak.. kuikuikui.....

Sebelum kitorang menuju ke Negeri Sembilan, kitorang terpaksa la singgah kat KL untuk hantar barang2 adik aku yang maha banyak ke kolej dia. Kete dah macam sardin dah ha... Lepas hantar barang dia, apa lagi.. straight away to Seremban!!!!

Buildings around Seremban

First place yang kami visit bila sampai Seremban ni of coz la Muzium Seni Budaya. Kebetulan masa kami pergi tu ada pameran Tortura: Seksa & Maut yang sungguh menyeksakan jiwa dan raga seorang yang lembut hati seperti aku. Tempat tu gives me such negatives aura. Aku memang rasa nak termuntah sebab the pameran is way too gory for me. Banyak alatan2 penyiksaan yang dia display kat situ, seram weh, rasa macam masuk dalam citer Saw plak. Aku tgk kejap je, tak tahan, terus keluar. Tiket masuk pameran tu RM6 untuk dewasa n RM3 untuk kanak2. So supposed kami bayar RM33 (5 dewasa + 1 kanak2), tapi the ticket guy was kind enough to let us take the family package + 1 kid. So kami kena bayar RM16 je. Baik2 org nogori ni kan...

Kenapa la aku visit pameran macam ni???

Sebelum masuk, seram, tapi nak gak amik gambar gak

Creepy and memualkan

Downstairs, aku amaze tgk adik2 aku amaze tgk batu!!! Ada pehe??

 
Bila dah sampai Negeri Sembilan, tak sah la kalau tak pergi Istana Menanti, Istana tu tutup pukul 6.00pm, kami sampai tempat tu dah 5.45pm. The curator bagi kami masuk, tapi masa kami baru lepas siket je dari kaunter tu, baru kat tgkat satu, padahal ada tiga tingkat semua, curator tu dah tutup2 tingkap segala, subtle way to halau ler tu~~~ hahahahaha... Kitorang pun keluar la, takkan nak tunggu kena halau baru keluar kan. So daddy decided that kami pergi cari hotel dulu and come again the next day. Masa tengah duk ambik2 gambar kat luar tu, the curator apprach us and bagitau suruh makan rambutan yang ada kat sekeliling istana tu, apa lagi, sesi memetik rambutan la. Gila banyak kerengga, Si Kecik sampai dah menggedik2 dah ha...

Istana Menanti

Istana Menanti, ni pentas ape tah kat laman istana tu

Sesi kutip rambutan, ye2 je amik, aku bukan minat sangat pun rambutan

Checked in at Desa Inn to spent the night, Desa Inn located at Kuala Pilah. Sorry to say la kan, tapi Kuala Pilah ni memang betul2 pekan koboi bila malam2, mati terus. Sunyi and gloomy. Bilik kami ok la, selesa. For me and my sisters, abah ambik bilik yg ada 1 queen bed and satu single bed, than tambah 1 tilam sebab kami tido berempat. Bilik dia luuas la walaupun 4 org duduk, ada Astro, shower heater, water heater, 3in1 drinks, tak silap aku bilik kami RM58++ je. Murah la tu kan...

Desa Inn, Kuala Pilah


Lepas dah settle down semua, keluar dinner. Aku harusla order makanan kegemaran aku Nasi Goreng Paprik and Teh O Ais. Tak sedap sangat la nasik tu, sebab nasik tu sejuk gila, mcam dah masak 2 3 jam sebelum kami order.. Or maybe sebab aku sakit gigi kot, tu pasal tak nikmt sangat nak makan.

My favourite, tapi kurang kick la... =(

Okay, long day ahead for tomorrow. =)

Jumpe lagi...

No comments:

Post a Comment